Hari ini anda boleh berkomunikasi dengan seseorang yg jauh dalam keadaan apa sahaja; sambil berjalan, sambil memandu, sambil belayar di tengah lautan, malah jika anda berpeluang, sambil meyusup di dalam roket menuju ke bulan.

Dahulu, semuanya ini mustahil. Komunikasi hanya mungkin dengan alat komunikasi berwayar. Anda terpaksa berada di lokasi-lokasi tertentu yg menyediakan alat-alat berkenaan. Jika tidak suara anda hanya boleh didengar oleh orang2 yg berada berhampiran dengan anda sahaja. Pada pendapat anda mengapakah hal ini berlaku dan bagaimana ia menjadi mungkin? (more…)
Posted by Akmal |
No Comments »
Menurut Aziz Desa tentang semangat Mat Jeninnya pada 1 forum di UM pada 26 Februari 2000 sebagai “Tidak ada salahnya saya bersemangat Mat Jenin. Bahkan saya yakin ramai di Malaysia ini yang ada semangat Mat Jenin dalam diri mereka. Cuma mereka mungkin malu untuk mengungkapkan atau tidak sedar kehadiran semangat itu dalam diri masing-masing.”
Seterusnya Aziz berkata, “Tanyalah kepada Tan Sri Tajuddin Ramli, Tan Sri Nasamuddin, Tan Sri Samsuddin Abdul Kadir, Tan Sri Azman Hashim, Tan Sri Syed Mokhtar dan ramai lagi usahawan Melayu tersohor di negara ini, apakah mereka pernah berangan-angan sebelum mencapai kejayaan atau mahu menghasilkan sesuatu yang cemerlang.
Bahkan, saya tidak ragu-ragu untuk menyatakan, Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, adalah antara orang yang ada angan-angan untuk melihat bangsa, agama dan tanah airnya berada pada 1 tahap yang cukup hebat.”
Kata Aziz lagi, “Saya sendiri berjaya menjadi antara perantara popular tv suatu ketika dulu hingga dikagumi kerana mencipta angan-angan untuk menyaingi populariti yang ada pada pengacara Mahadzir Lokman dan Ahmad Tarmimi Serigar. Angan-angan saya tidak kosong, iaitu berwawasan, ada usaha dan didukung rasa kasih serta tunduk kepada kekuasaan ALLAH S.W.T. Alhamdulillah, saya berjaya!”. (more…)
Posted by Akmal |
No Comments »