May
4th

Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 2

Yang mana 1 kah aku??

Sambungan dari Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 1

Sampai je ke tempat seminar, berjumpa lagi beberapa otai IM dan blogger yang lain seperti Mijie, Hasbull Aqil, Abang Nara (X tau pun blog dia BeautifulNara.com antara yg paling top dalam entertainment blog skrg ni masa mula2 jumpa), WanMus.com, Nueman, Boss HujanBatu.com dan lain-lain lagi.  Sembang2 kejap sambil berkenalan secara tak rasmi dengan peserta-peserta yang lain. Lagipun bukan selalu aku bangun awal pagi, sebab selalunya lepas subuhla aku tido kerana habis kerja selalunya pada jam 1 atau 2 pagi, sampai rumah pun bukannya terus tido.Selalunya akan layan ASTRO atau surf internet ataupun lepak dengan kawan-kawan sampai subuh.

(more…)

Apr
29th

Seminar Smart Blogging 25 April 2010 – Part 1


Seminar Smart Blogging 25 April 2010 UTM Skudai

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga aku menyertai seminar Smart Blogging anjuran Rohaizad Dot Com dengan kerjasama Wan Mus Technologies Enterprise ini pada 25 April 2010 lalu bertempat di CICT, UTM Skudai, Johor Bahru. Ini adalah seminar kali ke-2 yang aku sertai berkenaan dunia perniagaan internet selepas kali pertama menyertai seminar Perniagaan Internet 3-in-1 anjuran saudara Osman Bin Affan pada September tahun 2006 yang lalu. Agak lama juga aku tidak menyertai seminar seperti ini, hampir 4 tahun juga.  Jadi sekali sekala apa salahnya menyertai seminar Smart Blogging pada kali ini walaupun jauh tempatnya nun hujung di selatan semenanjung dan bayarannya agak mahal sedikit (x lah mahal sangat, lebih kurang sama je dengan harga2 seminar yang lain) sambil-sambil berjalan makan angin mengenali tempat orang dan juga dapat berkenalan dengan kawan baru yang semestinya blogger tegar.

(more…)

Nov
23rd

www.abooain.com: Sumber Informasi Perniagaan Internet Produk PLR, RR & MRR

Anda ingin mencari apakah laman web yang mempunyai pelbagai informasi berkenaan perniagaan internet, ingin membeli ebook yang diperlukan untuk menambahkan ilmu peniagaan internet anda? atau anda ingin mengetahui pelbagai produk jualan internet yang baru berada di pasaran. Kini terdapat 1 laman web yang boleh menjawab pelbagai persoalan ini dengan adanya laman web www.abooain.com (abooain.com).  Laman web ini adalah kepunyaan usahawan internet kelahiran negeri Kelantan yang mempnyai kepakaran dalam bidang penjualan produk Private Label Rights (PLR), Resell Rights (RR) dan Master Resell Rights (MRR) yang dikenali nick name abooain. Apakah maksud PLR, RR dan MRR ini? Kalau nak tahu, sila download MajalahIM edisi yang ke-14 di sini >> MajalahIM (more…)

Oct
12th

Pencapaian Luar Biasa Oleh Seorang Wanita Muda

Takde idea menulis, jadi aku baca kosmo online kelmarin ade artikel menarik perihal kejayaan seorang wanita muda dalam perniagaan internet. Jadi di sini aku post full artikel ini untuk tatapan bersama pelawat aktechpage.com. Selamat membaca!!!

BELIAU sering ditempelak dan dicemuh tatkala menghulurkan kad perniagaannya dengan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Eonenet.com pada majlis-majlis korporat beberapa tahun lalu.

Disebabkan usia muda, baru tamat pengajian di universiti, bertubuh kecil dan berasal dari negara Asia, ramai yang menyangka beliau hanya seorang setiausaha dan tidak layak mendapat layanan kelas pertama seperti CEO.

Fione bernilai RM20,000 sejam

Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut dan 10 Usahawanita Berjaya adalah sebahagian gelaran yang diraih Fione Tan.

Namun, Fione Tan, 31, tidak mudah melatah. Malah beliau berusaha gigih menyusun strategi dalam perniagaan Internetnya dan kini dikenali sebagai Jurulatih Pemasaran Internet No. 1 di Asia selama enam tahun berturut-turut.

“Saya memulakan Eonenet.com pada tahun 2000 pada usia 22 tahun. Sebelum itu, saya bekerja di syarikat insurans. Dengan komitmen kerja yang tidak mengenal waktu, jadual kerja yang padat ditambah pula dengan gaji rendah, saya mula bosan dengan kerja.

“Waktu itu saya mengimpikan kerja yang boleh dilakukan dalam keadaan santai, tidak terperap di pejabat, kurang risiko kerugian dan pastinya tidak memerlukan saya untuk bangun awal pagi!,” ujar lulusan Sarjana Muda Pemasaran dan Perniagaan dari Universiti Iowa, Amerika Syarikat (AS) ini. (more…)

Jun
15th

Bayar RM50, Anda Dapat 100++ Buah eBook Pelbagai Jenis

Selalunya eBook di jual satu persatu dengan 1 jenis skop sahaja di pasaran internet. Contohnya jika ebook tersebut menerangkan salah 1 teknik marketing dalam mencari duit di internet, harganya semestinya lebih kurang RM40 – RM70 sebuah. Paling kurang pun anda akan dapat harga RM30, itupun dalam tempoh promosi pengenalan ebook tersebut dalam masa terhad.


Senarai Koleksi eBook

Sekarang terdapat 1 cara bagaimana anda akan dapat lebih kurang 100 buah ebook daripada pelbagai jenis dengan harga bayaran RM50 sahaja sekali seumur hidup. Dengan eKoleksi di www.igetworld.com anda akan dapat download banyak ebook drpd pelbagai jenis seperti tips menambah pendapat melalui internet, tutorial, panduan cinta, petua-petua, novel, teknik pemasaran internet (BI), seksualiti (BI) dan banyak lagi. Dalam eKoleksi ini juga terdapat salah 1 ebook seksualiti dalam Bahasa Melayu yang hangat dipasaran internet Malaysia sekarang tetapi ini dalam Bahasa Inggeris (Original Version Punya). Jika anda dapat menyertai eKoleksi ini, anda mungkin menjimatkan beratus-ratus ringgit untuk membeli banyak ebook daripada pelbagai jenis. (more…)