Rasanya belum terlambat lagi untuk AP mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada semua pelawat blog ini. Semoga tahun baru ini memberi keceriaan dan kebahagiaan kepada kita semua walaupun dikatakan tahun 2012 adalah tahun kiamat dunia!!??? Bole percaya ke ?? Bagi AP ia ibarat seperti khabar angin Y2K sewaktu dunia memasuki millenium baru 2000 yang dikatakan sistem komputer akan menghadapi kecelaruan. Tapi tak de apa-apa pun, biasa je. Bagi AP tahun 2012 yang dikatakan adalah tahun kiamat adalah ibarat gossip dunia sahaja. AP sangat-sangat berharap agar tahun baru ini AP tidak lagi menghadapi kesibukan yang amat sibuk dalam kerjaya AP sepanjang 6 tahun bekerjaya dalam bidang teknologi maklumat.
Tahun 2011 sudah lama berlalu, berlalunya 2011 betul-betul dapat AP menarik nafas lega selepas berhempas pulas selama setahun untuk menjayakan projek ICT kerajaan pertama aku sejak menjadi Pegawai Teknologi Maklumat. Tidak AP sangka sama sekali projek ini menghadapi pelbagai halangan dan kesukaran dari segi sokongan vendor, karenah pengguna, kekurangan fasiliti, politik pejabat dan kekurangan pengetahuan AP sendiri dari segi perakaunan. Namun begitu tahun 2011 AP betul-betul fokus kepada teknikal dan mempelajari sistem kewangan ini dari segi teknikal komputer dan pengetahuan pengurusan kewangan sesebuah organisasi PBT.
Entah kenapa selepas AkTechPage.Com menyambut ulang tahun yang ke-5 hujung bulan lepas, AP merasa tak de semangat plak untuk kemaskini blog dan juga bekerja di pejabat. Dulu bersemangat je buat kerja dan update blog serta blogwalking. Sekarang ni plak sangatlah malas. Waktu 5 hari bekerja AP betul2 bekerja dari awal pagi sampai lewat malam bertungkus lumus nak siapkan projek sistem ni agar berjalan lancar, sapa kata kerja kerajaan relaks. Huhuhuhu penat2 kerja gomen ni terutama untuk projek perintis ICT di sesebuah agensi. Kita lah yang kena handle dari segi pengurusan dan teknikal sorang2. Masuk tahun ni adalah tahun ke-5 juga AP bekerja seorang diri lagi. Bila lah akan dapat pembantu. Tak tau la. Nasib badan.
Mungkin ramai kawan2 blogger yang selalu singgah di sini dan tidak melihat post-post baru dalam terdekat kini, selalunya aku akan post 1 dalam masa 3-4 hari. Tetapi kini agak sukar untuk aku update blog kerana kekangan masa yang ada dan kesibukan dalam menjayakan projek ICT kerajaan pertama aku dalam bulan Januari 2011 ini. Ini kerana pada bulan Disember 2010 tahun lalu jugak aku sangat sibuk kerana membuat persediaan untuk running new sistem di sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Kelantan. Jadi di awal Januari 2011 ini pulak aku perlu final setting up new sistem untuk running buat pertama kali, lagipun PBT aku adalah PBT yang pertama akan menggunakan sistem ini di Kelantan atas beberapa faktor.
Akhirnya selepas aku membuat kajian dan pertimbangan sewajarnya dari pelbagai aspek, akhirnya dan akhirnya aku telah nekad membeli sebuat SmartPhone iaitu GARMIN ASUS A10 (nama manja A10) pada 21 November 2010 lalu semasa aku berada di Kuala Lumpur menghadiri Training Oracle selama seminggu di sana. Aku membeli di salah sebuah pengedar rasmi iaitu PDA Expert Mobility Sdn Bhd di aras 4 Low Yat. Itupun aku membelinya selepas round-round Low Yat selama sejam. Dalam masa sejam tu hanya 4 kedai sahaja yang menjual A10 termasuk dengan Digi. Akhirnya aku membeli di PDA Expert Mobility Sdn Bhd selepas menawarkan harga antara yang menarik dengan pakej menarik iaitu percuma kad memori SD 8GB dan diskaun RM100 untuk Car Kit A10.
Blogging adalah satu aktiviti perhubungan yang begitu efisyen dan menjadi satu alat atau kelengkapan yang menarik,dimana ia digunakan secara meluas dengan pelbagai penggunaan.Ia juga digunakan dengan meluas bagi tujuan pemasaran bagi pihak pengiklanan. Blogging juga telah menjadi begitu popular dikalangan remaja dan generasi sekarang untuk berkongsi idea,pendapat dan untuk memberi bimbingan atau tutorial dalam pelbagai bidang.
Berkongsi pengetahuan dan maklumat adalah kelebihan yang amat penting dalam blogging.Dalam pada itu,faedah lain yang boleh diperolehi daripada blogging ialah ’self-marketing’,pembinaan komuniti,perkhidmatan pelanggan yang lebih baik,penulisan yang menarik, penubuhan social dan teknik komunikasi yang lebih baik.
Nampaknya aku betul-betul lama bercuti, sebenarnya agak sukar untuk aku menulis sejak kembali dari kursus pada tempoh hari. Ini kerana kedua-dua laptop aku iaitu yang personal punya dan office punya kena serangan virus trojan akibat daripada main cucuk-cucuk thumbdrive semasa kursus tempohari. Menyebabkan agak susah untuk aku surfing internet, hampeh betollah . Akibat daripada serangan virus itu, Mozilla Firefox aku tak boleh guna. Semalam, baru je setel format laptop personal, laptop office belum lg kerana masih dalam troubleshoot dahulu. Lagipun sayang nak format laptop office kerana perlu setting semula sistem yang ada dalam laptop tersebut beserta dengan data-data yang perlu dibackup.
Kalau cuti daripada Online, itu bermakna aku Offline la kan??…
Rasanya X pernah lagi bercuti daripada Dunia Online, sama ada di Facebook, YM, dunia forum komuniti internet atau blog. Nampaknya aktechpage.comakan bercuti yakni offline sebentar buat pertama kali daripada Dunia Online untuk merehatkan minda sekejap. Lagipun owner blog ini juga akan menhadiri satu Kursus pada 19 – 29 Julai 2010 (11 Hari). Perghhh… 11 hari tu kursus, x pernah lagi kursus selama ini… Apa pun kena hadiri jugak kerana ianya adalah salah satu syarat untuk pengesahan jawatan. Lagipun bukan selalu, sekali sekala je kan. Kira sambil kursus sambil bercuti dari kerja dan have fun bersama kenalan baru.
Selepas turun dari bas, aku masih teringat yang driver bas India tersebut mengatakan bahawa KPKT berada di hujung bangunan sekali. Jam menunjukkan waktu 8.45 am, tak de lah lewat sangat. Aku pun terus ke pintu utama, tanya pada Jaga betul ke bangunan ini dan terus naik ke HR KPKT di tingkat 5. Alhamdulillah sampai jugak di tempat melaporkan diri, bila tiba je tempat menunggu, sudah ada 3 orang staff baru seperti aku, 2 lelaki dan 1 perempuan, jadi kesemuanya 4 orang melaporkan diri di KPKT termasuk ddengan aku. Kami pun saling kenal mengenali antara satu sama lain, jadi yang melaporkan diri pada hari itu adalah 3 orang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dan seorang Juruteknik Komputer.
Suasana di waktu balik di Ruang Menunggu Komuter KL Sentral, penuh dengan orang ramai apabila komuter delay
Lama jugak la tunggu kt tempat menunggu di hadapan pejabat pentadbiran, nasib baik sofa selesa. Jadi relaks-relaks la sekejap sementara di panggil sambil borak-borak dengan rakan kerja baru. Selepas 2 jam lebih menunggu, pada jam lebih kurang 11.00 pagi barulah kami dipanggil masuk berjumpa dengan Ketua Jabatan Sumber Manusia. Kami menunggu lama kerana sedang menunggu adakah ada lagi staff yang datang melaporkan diri. Kami telah diberi penerangan ringkas mengenai KPKT dan di beri 1 fail setiap seorang yang mengandungi pelbagai borang berkaitan sumber manusia untuk di isi. Memang sangat banyak borang-borang di dalam fail tersebut, tak pernah lagi aku melaporkan diri di tempat kerja baru perlu mengisi borang sebanyak ini.
Ini bukannya cerita pasal drama remaja popular di TV3 tu ye, Dunia Baru. Tapi ni kisah aku di dunia yang serba baru selepas menerima tawaran kerja daripada kerajaan Malaysia. Sejak 24 Mei 2010, kehidupan aku telah berubah 100 peratus selepas datang ke Kuala Lumpur untuk melaporkan diri berkhidmat dalam sektor awam di Putrajaya. Sudah hampir 5 tahun aku meninggalkan Ibu Kota negara ini sejak tahun 2005 lalu. Betullah kata orang-orang tua, hidup ini bagaikan roda, kita akan sentiasa kembali ke tempat asal kembali walaupun sudah jauh kita pergi. Sekarang ni aku kembali semula berada di Kuala Lumpur, jikalau dahulu untuk belajar dan mencari kerja, tetapi sekarang berkhidmat untuk negara pulak.
Pada awalnya aku datang dengan bas ekspress untuk melaporkan diri di Putrajaya pada pagi 24 Mei 2010, aku menaiki bas pada malam 23 Mei 2010 bersama dengan kawan yang telahpun bekerja dahulu sebelum aku walaupun aku dan dia sama-sama kena interview di Kota Bharu pada Jun 2009 yang lalu, sekarang ni kawan aku berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara. Tiba di hentian Putra pada jam 5 pagi dan terus ke rumah sewa yang terletak di Desa Sri Serdang. Tiba di rumah pada jam 5.30pagi, sempat lagi berehat-rehat dan melelapkan mata sekejap kerana lapor diri bermula pada jam 8.30 pagi di Dewan Auditorium, Jabatan Perdana Menteri.
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.