Selepas turun dari bas, aku masih teringat yang driver bas India tersebut mengatakan bahawa KPKT berada di hujung bangunan sekali. Jam menunjukkan waktu 8.45 am, tak de lah lewat sangat. Aku pun terus ke pintu utama, tanya pada Jaga betul ke bangunan ini dan terus naik ke HR KPKT di tingkat 5. Alhamdulillah sampai jugak di tempat melaporkan diri, bila tiba je tempat menunggu, sudah ada 3 orang staff baru seperti aku, 2 lelaki dan 1 perempuan, jadi kesemuanya 4 orang melaporkan diri di KPKT termasuk ddengan aku. Kami pun saling kenal mengenali antara satu sama lain, jadi yang melaporkan diri pada hari itu adalah 3 orang Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) dan seorang Juruteknik Komputer.
Suasana di waktu balik di Ruang Menunggu Komuter KL Sentral, penuh dengan orang ramai apabila komuter delay
Lama jugak la tunggu kt tempat menunggu di hadapan pejabat pentadbiran, nasib baik sofa selesa. Jadi relaks-relaks la sekejap sementara di panggil sambil borak-borak dengan rakan kerja baru. Selepas 2 jam lebih menunggu, pada jam lebih kurang 11.00 pagi barulah kami dipanggil masuk berjumpa dengan Ketua Jabatan Sumber Manusia. Kami menunggu lama kerana sedang menunggu adakah ada lagi staff yang datang melaporkan diri. Kami telah diberi penerangan ringkas mengenai KPKT dan di beri 1 fail setiap seorang yang mengandungi pelbagai borang berkaitan sumber manusia untuk di isi. Memang sangat banyak borang-borang di dalam fail tersebut, tak pernah lagi aku melaporkan diri di tempat kerja baru perlu mengisi borang sebanyak ini.
Ini bukannya cerita pasal drama remaja popular di TV3 tu ye, Dunia Baru. Tapi ni kisah aku di dunia yang serba baru selepas menerima tawaran kerja daripada kerajaan Malaysia. Sejak 24 Mei 2010, kehidupan aku telah berubah 100 peratus selepas datang ke Kuala Lumpur untuk melaporkan diri berkhidmat dalam sektor awam di Putrajaya. Sudah hampir 5 tahun aku meninggalkan Ibu Kota negara ini sejak tahun 2005 lalu. Betullah kata orang-orang tua, hidup ini bagaikan roda, kita akan sentiasa kembali ke tempat asal kembali walaupun sudah jauh kita pergi. Sekarang ni aku kembali semula berada di Kuala Lumpur, jikalau dahulu untuk belajar dan mencari kerja, tetapi sekarang berkhidmat untuk negara pulak.
Pada awalnya aku datang dengan bas ekspress untuk melaporkan diri di Putrajaya pada pagi 24 Mei 2010, aku menaiki bas pada malam 23 Mei 2010 bersama dengan kawan yang telahpun bekerja dahulu sebelum aku walaupun aku dan dia sama-sama kena interview di Kota Bharu pada Jun 2009 yang lalu, sekarang ni kawan aku berkhidmat di Jabatan Pendaftaran Negara. Tiba di hentian Putra pada jam 5 pagi dan terus ke rumah sewa yang terletak di Desa Sri Serdang. Tiba di rumah pada jam 5.30pagi, sempat lagi berehat-rehat dan melelapkan mata sekejap kerana lapor diri bermula pada jam 8.30 pagi di Dewan Auditorium, Jabatan Perdana Menteri.
Akhirnya setelah berkhidmat selama lebih kurang 3 tahun setengah di Sinar Harian Kelantan dan Terengganu dan menjadi antara staff yang terawal, aku terpaksa melangkah pergi jua untuk meneruskan cita-cita dan aspirasi peribadi dalam kerjaya. Banyak kenangan dan pengalaman yang aku perolehi sepanjang berkhidmat sebagai ICT Technical Support di cawangan Sinar Harian Kelantan & Terengganu. Walaupun Sinar Harian bukan lah pekerjaan pertama aku selepas tamat belajar di universiti, tetapi ia merupakan tempat pertama aku berada dalam suasana bekerja dengan orang ramai dan berinteraksi dengan pekerja-pekerja lain. Sebelum ini aku hanya bekerja di sebuah syarikat yang kecil sahaja di mana staffnya seramai 6 orang sahaja termasuk aku sendiri dan hanya bekerja dengan komputer sahaja.
Aku mula kerja di Sinar Harian pada 12 November 2006, pada masa itu Sinar Harian baru mula bertapak di Malaysia bermula dengan negeri Kelantan dan Terengganu dahulu. Aku ni kira batch yang kedua masuk bekerja kerana sudah ada 2 orang ICT di sini ketika aku masuk, seorang senior lelaki dan seorang perempuan yang 6 bulan awal masuk kerja daripada aku. Pada ketika itu aku adalah staff ICT Sinar yang paling junior. Walaupun 2nd batch tetapi dikira antara perintis juga lah sebab operasi Sinar Harian baru bermula lebih kurang 5 bulan sejak Julai 2006.
Aku mula mengenali dunia perniagaan internet pada tahun 2005 melalui buku tulisan jutawan internet Dr. Irfan Khairi iaitu Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar. Aku mula belajar perlahan-lahan mengenai perniagaan internet melalui buku tersebut. Kemudian aku menyertai seminar pertama mengenai perniagaan internet yang di anjurkan oleh saudara Osman Affan pada tahun 2006 iaitu seminar 3 in 1. Masa seminar tu dapat jugak jumpa Dr. Irfan Khairi secara live. Daripada situlah aku mendalami lebih sedikit mengenai dunia perniagaan internet dan juga mula mengenali forum komuniti terhangat berkenaan perniagaan internet iaitu wangcyber.com . Sebelum itu aku aktif berforum di forum Jiwang.org untuk suka-suka. Aku mula mengenali apakah itu perniagaan internet yang sebenarnya melalui forum wangcyber.com . Pada tahun 2006-2007 agak aktif jugaklah pada masa itu, sebab tengah bersemangat beb .
Alhamdulillah, daripada forum komuniti inilah aku mengenali apa itu Google Adsense. Pada tahun 2006 juga aku mula bekerja di sebuah syarikat akhbar yang baru bertapak di Semenanjung Malaysia. Pada permulaan agak sukar untuk aku menyesuaikan masa kerja dengan masa mempelajari perniagaan internet. Walaupun begitu, aku telah membeli salah satu produk yang terhangat pada masa itu untuk menarik trafik ke Website yang mempunyai Iklan Adsense iaitu Video Marketing. Akhirnya aku dapat juga menerima 3 kali bayaran cek Adsense antara akhir tahun 2006 hingga awal tahun 2007. Masa tu memang bersemangat buat Internet Marketing (IM). Tetapi kemudian fokus aku mula lari apabila aku perlu memberi perhatian serius kepada kerjaya selepas diberi tanggungjawab menguruskan operasi ICT seorang diri di Kelantan dan Terengganu apabila terdapat sedikit perubahan di syarikat aku bekerja bagi mengembangkan lagi pasaran akhbar ke seluruh Malaysia.
Aku sebenarnya malas nak tulis pasal post entry kali ini, tetapi disebabkan oleh seorang forumers tua terlampau yang masih berdendam dengan aku sehingga menulis pasal aku di blognya yang tak boleh nak bagi komen sebab menggunakan blogspot, lepas tu pulak letak di signature salah 1 forum lagi. Ikutkan hati sebenarnya malas nak balas balik kerana aku tidak suka sangat mengeruhkan lagi keadaan dengan menceritakan hal-hal remeh seperti ini dan lebih suka post entry pasal pelbagai informasi sepertimana di tulis di bahagaian Hotz Welcome sebelah kanan blog ini, tetapi kerana ingin memperbetulkan keadaan dan mempertahankan diri, nak tak nak terpaksalah meluahkan perasaan sedikit di blog ini selepas di fitnah dalam salah 1 thread forum komuniti internet tersebut.
Di dalam forum sepatutnya kita saling hormat menghormati antara satu sama lain, pertelingkahan kecil di dalam forum itu biasalah, adat berforum. Lepas tu lupakan je lah. Orang yang lebih tua daripada kita sepatutnya di hormati, begitu juga orang tua juga perlu menghormati orang muda. Tetapi bagaimana pulak jika forumers tua itu tidak menghormati forumers muda dan tidak sedar diri serta suka pulak menggelarkan orang lain dengan gelaran-gelaran yang mengjengkelkan di internet terutamanya di forum komuniti.
Bak kata pepatah, masuk kandang lembu menglembu, masuk kandang kambing mengembek. Ni tidak masuk kandang kambing tetap juga nak menglembu. Itulah yang terjadi apabila forumers tua berdiskusi dalam satu forum di internet dengan tidak menggunakan pendekatan secara hikmah. Walaupun forumers tua ini sesetengah pendapatnya memang boleh pakai dan ada betulnya, tetapi dari segi pendekatan yang di gunakan olehnya membuatkan aku dah hilang rasa hormat kepada forumers tua yang hebat ini.
Akibat daripada perselisihan faham kecil di dalam satu thread di forum komuniti internet tersebut, dendamnya terhadap aku tak habis-habis lagi walaupun sudah saling bermaafan di dalam thread terhangat tersebut di penghujung akhir tahun 2009 yang lalu. Bagi aku forumers tua ini sudah melampau dan sudah tidak boleh lagi nak dinasihatkan lagi, semua apa yang dilakukan oleh forumers tua ni sahajalah yang betul je , orang lain semua salah jika tidak sehaluan dengannya termasuklah aku.
Semalam aku dapat berita gumbira yang menarik daripada rakan blog aku iaitu Lazaac’s Blog.
Kenapa??
Kerana tanpa disangka aku telah memenangi cabutan bertuah untuk Virtual Private Server(VPS) Giveway. Kira aku ni seorang yang bertuah juga lah . Bagi aku setiap hadiah pemberian yang diberi perlu dihargai walau sekecil manapun kerana ia adalah pemberian rezeki dari yang Maha Esa. Jadi sekali lagi inilah salah satu faedah daripada blogging, dapat kawan dan juga dapat hadiah, heheheheh….
Selepas memenangi Pertandingan Review Pakej DVD Raja Grafik Malaya Vol 1pada bulan Julai 2009 yang lalu dengan memenangi hadiah bonus iaitu 1 unit percuma Produk Pakej DVD Raja Grafik Malaya dan 1 slot iklan selama 3 bulan di blog Balootisme.com yang di anjurkan oleh Balootisme.com. Pada sambutan tahun baru 2010 sekali lagi aku dihadiahkan kemenangan dalam Peraduan Teka Jumlah Komen di Blog Rohaizad.com. Alhamdulillah, rezeki tahun baru. Kali ini aku menjadi salah seorang pemenang daripada 3 pemenang yang berjaya meneka jumlah keseluruhan komen yang ada di Blog Rohaizad.com yang paling hampir atau tepat. Kali ini hadiahnya amat lumayan bagi seorang blogger part-time seperti aku iaitu memenangi 1 domain dan 1 hosting percuma selama setahun yang ditaja oleh JomHosting.net.
Tahun baru menjelma lagi, seperti biasa setiap tahun baru pasti seseorang itu akan ada azam tahun baru dan juga cuba merenung kembali apakah azam tahun 2009 sudah tercapai atau tidak? Sebenarnya aku nak tulis azam tahun baru pada 18 Dis 2009 yang lalu sempena tahun baru Islam Maal Hijrah 1431, tetapi hari tu aku terpaksa drive dr awal pagi hingga ke petang kerana berkursus di KL. Jadi tundalah ke hari ini je. Kali ini aku hanya ingin menyentuh perihal azam penglibatan aku dalam dunia online sahaja terutama blogging.
Selepas 8 bulan menghadiri Kursus ESQ Basic Training pada 3-5 April 2009 yang lalu di Flamingo Hotel, Ampang. Aku sekali lg dipanggil oleh pihak pentadbiran majikan untuk pergi ke kursus peringkat ke-2 pulak pada 19-20 Dis 2009 yang lalu bertempat di Sheraton Hotel & Tower di Subang Jaya. Nama kursus kali ini adalah Kursus ESQ Mission Statement & Character Building (MCB). Kursus ini terbahagi kepada 2 iaitu pada hari pertama (19 Dis 2009) berkenaan Mission Statement iaitu mebantu peserta dalam menentukan apakah visi & misi peribadi, keluarga dan organisasi yang sememangnya berbeza antara satu sama lain. Manakala hari kedua pula (20 Dis 2009) pulak peserta akan diajak untuk membentuk paradigma baru dalam melihat masalah dalam kehidupan seharian sebagai cabaran dan medium untuk membentuk diri melalui modul Character Building. Hasil gabungan kedua-dua modul Mission Statement & Character Building diharap akan dapat membentuk peribadi peserta agar lebih kuat dan kental ibarat berlian yang tidak mudah retak. Tidak ada lagi rasa kecewa dan putus asa yang boleh memusnahkan masa depan setiap insan.
Pada kali ini hanya 6 org sahaja yg pergi secara berkonvoi dengan menaiki 2 buah kenderaan syarikat, semua lelaki yg terdiri drpd pelbagai Jabatan. Pada kursus kali ini kami akan menetap bersama-sama staff yang lain daripada cawangan Kelantan, Terengganu & Pahang. Sebanyak 2 buah apartmen di sewa utk 3 hari 2 malam yang setiap satu untuk lelaki dan perempuan di Seksyen 3 Shah Alam, iaitu bangunan Wisma MAIS. Harga pun murah, RM180 untuk semalaman, keadaan pun selesa untuk di duduki oleh 9 org setiap apartment.
Agaknya akulah yang paling lewat post berkenaan tajuk di atas berbanding dengan blogger2 lain yang telah pun post di blog masing2. Walaubagaimanapun aku sangat gembira kerana berjaya juga menghadiri perjumpaan IM & Blogger Kelantan bagi kali ke-2 yang di anjurkan oleh Saudara Adly aka Labanon pada 29 November 2009 lalu, Hari Raya ke-3 Aidiladha bertempat di D’Klasik Cafe, Kubang Kerian bermula pada jam 10.00pg hingga 1 ptg. Nasib baiklah aku 2/3 minggu kebelakangan ini kembali aktif dalam WangCyber.com (WC), dapat juga mengetahui perihal perjumpaan ini.
Perjumpaan IM & Blogger Kelantan Kali pertama di adakan adalah pada 7 Julai 2007 bertempat di A&W, KB Mall juga rasanya di anjurkan oleh Saudara Labanon tetapi beliau tidak dapat hadir kerana kena tahan oleh cikgu Warden semasa ingin lompat pagar sekolah kot (Ye ke??? ). Perjumpaan kali ke-2 di Noodle Station. KB Mall pada tahun 2008 plak tidak ketahuan oleh aku plak. Pada perjumpaan kali ini, aku tiba agak lewat sedikit iaitu jam 10.30pg, bila masuk je cafe aku dah ternampak Saudara Abu Hanis yg berkopiah dgn baju merah (Seperti mana yg telah diberitahu dalam WC) dan juga Saudara Ringgit Hit yang pernah aku jumpa 2 tahun yang lalu dan juga Otai IM Saudara Alang serta yang lain2 yang tidak berapa ku kenali. (more…)
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.