Nov
26th

RahsiaTakaful.com: Membongkar Rahsia Takaful

Files under Blog, Review | 6 Comments

Anda tahu apa itu takaful? Apakah itu insurans ? AP sendiri pun tidak tahu sangat apakah kedua-dua perkara ini. Namun terdapat 1 blog iaitu RahsiaTakaful.Com yang boleh dijadikan rujukan oleh kita. Blog ini dipunyai oleh AFYAN MAT RAWI, beliau merupakan seorang Penolong Pengurus Agensi Takaful Keluarga di Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Karier beliau selaku perunding takaful dan perancang kewangan peribadi bermula sebaik sahaja beliau bergelar graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Undang-undang (LL.B), pada tahun 2003. Dalam masa sama, sebagai trainer dalam bidang perancangan harta dan kewangan peribadi.

(more…)

Nov
18th

Cdiqlife.com: Kisah Seorang Graphic Designer

Files under Blog, Review | 9 Comments

Kali ni AP nak review pasal seorang blogger yang sama negeri dengan AP iaitu Cdiqlife.com, seorang blogger yang aktif dalam perniagaan grafik designer secara online. Beliau menyediakan pelbagai servis grafik design di blognya seperti fanpage, blog banner, logo, letter head, corporate folder, A4/A5 Booklet, Website, Bussiness Card dan banyak lagi. Anda boleh melihat hasil kerja beliau di blognya, Cdiqlife.com di A Journey -> My Art dan My Servis.Cdiqlife.Com juga ada menyediakan design jersi, salah satunya ialah Jersi Kelantan di My Servis.

Pendek kata, jika anda ingin mendapatkan tips-tips perniagaan berkaitan grafik, boleh lah lawat blog ini, Cdiqlife.com .

AP: 1 kelate, tp xde rezki lg nak jumpa face to face dgn tuan punya blogger ni..

Sep
9th

Perjasa.org.my: Portal Rasmi Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam

Files under Laman Web | 8 Comments

Perjasa.Org.My adalah sebuah laman web untuk Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA), iaitu sebuah persatuan khas untuk penjawat awam yang memegang jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) seperti AP. AP belum pun daftar lagi disebabkan kesibukan kerja yang amat sangat menyiapkan projek ICT kerajaan yang pertama :( . AP baru je menjadi PTM sejak Mei 2010 yang lalu dan masih lagi belajar selok belok bekerja sebagai PTM.

(more…)

Aug
20th

6 Blog ICT Pilihan AkTechPage.Com

Files under Blog, Internet | 8 Comments

ICT adalah topik AP suka bila melayari internet, jadi apabila online sahaja. mula AP mestila buka FaceBook dulu, heheheheh. Nak wat camne, FB kan laman sosial utama. Lepas tu barulah AP melayari blog-blog favourtite AP. Kali ini AP ingin berkongsi dengan pembaca blog 5 Blog ICT yang AP selalu singgah untuk mengetahui perkembangan dunia ICT sekitar kita. 5 pilihan blog ICT apa ialah:

1. Amanz.My

Tak perlu dipertikaikan lagi blog ni, , memang selalu dikemaskini dengan berita-berita ICT terkini tempatan. 5 bintang utk blog ini :) .

2. SumberTerbuka.Net

Memandangkan AP kerja dalam kerajaan sekarang, dan kebanyakan agensi kerajaan lebih terarah kepada penggunaan Sumber Terbuka berbanding sumber berlesen. Jadi sekali sekala AP kena lah singgah kat blog yang memaparkan berita perihal teknologi sumber terbuka ni seperti linux dan lain-lain. Ap masih lagi dalam proses pembelajaran tentang perihal ini.

(more…)

Aug
18th

Mahathir.Com: Laman Web Koleksi Ucapan Rasmi Tun Dr. M

Files under Internet, Laman Web | 5 Comments

Kali ini AP berkongsi satu laman web yang mengumpul koleksi ucapan, temuramah dan artikel salah seorang pemimpin negara kita, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 Malaysia. Anda akan dapat mebaca hampir kesemua koleksi ucapan, temuramah dan artikel mengenai Dr. Mahathir di laman web Mahathir.Com , kesemua koleksi artikel & temuramah ini ditulis dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Jadi jika anda ingin mengenali dengan lebih mendalam tentang salah seorang pemimpin agung Malaysia ini, boleh la ke laman web Mahathir.Com .

AP: Kagum dengan perubahan yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir kepada Malaysia sekarang.

Aug
6th

SahurBerbuka.Info & TimeToBuka.Com : 2 laman web memaparkan waktu berbuka & Imsak

Files under Internet, Laman Web | 6 Comments

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, AP ingin memperkenalkan 2 laman web yang sangat berguna untuk anda gunakan sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu SahurBerbuka.Com dan TimeToBuka.Com . Kedua-dua laman web ini memaparkan waktu berbuka dan imsak mengikut lokasi. Ianya boleh di gunakan dalam peranti mobil seperti telefon pintar. Antara 2 laman web ini, AP hanya menggunakan web SahurBerbuka.Com sahaja kerana TimeToBuka.Com tidak dapat memaparkan waktu, asyik Getting Location aje :( .

(more…)

Jun
14th

ZikriHusaini.Com: Kemesraan Yang Berkekalan

Files under Blog, Internet | 17 Comments

Janji perlu dikotakan, sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini dalam post Penghargaan Kepada Top 3 Pengkomen 2010. Kali ini giliran pengkomen yang ke-3 tertinggi pada tahun 2010 iaitu ZikriHusaini.Com pula untuk di review.

Dengan tagline Kemesraan Yang Berkekalan, menjadikan owner blog ini seorang yang begitu mesra dalam komuniti blogger di Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika nama beliau banyak muncul di kebanyakan blog-blog Malaysia kerana beliau seorang yang mesra dan suka blogwalking (Tak macam AP yang selalu je sibuk dengan kerja-kerja di pejabat :p ). Jika dibaca perihal pemunya blog ZikriHusaini.Com di page About, beliau adalah seorang yang berasal dari Muar, Johor. Sudahpun berkerjaya di tahun 2011 kini tapi rahsia la pulak.

(more…)

Jun
4th

BookCafe.com.my: Kedai Buku Online PTS

Kemudahan teknologi hari semakin memudahkan kehidupan manusia di seluruh dunia, hari ke hari ada sahaja pembaharuan yang dilakukan di internet demi memudahkan gaya kehidupan seharian kita. Kalau dulu tanpa internet, untuk membeli sesuatu kita perlu keluar rumah dan menhadapi kesesakan jalan raya. Tapi kini tidak lagi dengan adanya teknologi internet. Kita boleh membeli secara online dan produk yang kita beli akan sampai ke rumah kita melalui pos. Salah satu produk yang dah lama menggunakan gaya pembelian ini ialah pembelian produk buku. Kali ini AP ingin review salah satu laman web jual buku secara online iaitu BookCafe.Com.My: Kedai Buku Online PTS .

(more…)

May
21st

DocStoc.com: Sumber Rujukan Profesional Anda

Files under Internet, Laman Web | 20 Comments

Adakah anda sedang mencari bahan rujukan seperti kertas kerja? tesis? tutorial? atau apa-apa dokumen rujukan. Anda boleh cuba mencari di DocStoc.Com. DocStoc.Com adalah sebuah laman web yang menyediakan platform kepada pengguna internet seluruh dunia untuk berkongsi segala jenis dokumen secara online. Di sini anda boleh mencari bermacam-macam jenis dokumen seperti kewangan, pendidikan, perniagaan, undang-undang, teknikal dan lain-lain lagi. DocStoc.Com ibarat seperti Google, enjin carian tetapi khas untuk dokumen sahaja.

(more…)

Apr
16th

RezekiMurah.Com: Sangilapi Punya Blog

Files under Blog, Blogging | 26 Comments

Pada khamis malam yang lalu iaitu pada 7 April 2011 lalu. Saudara DnoBiz.Com telah menelefon AP mengajak berjumpa dengan Saudara Bro Joe atau lebih dikenali dengan Sangilapi (Tuan Punya Blog RezekiMurah.Com) pada malam itu. Walaupun badan keletihan sangat kerana terpaksa bekerja keras untuk 2 hari berturut-turut sebelum itu menyediakan dokumentasi sambil memantau sistem kerana pada 7 April 2011 tersebut satu pasukan inspektorat dari kementerian datang ke PBT untuk menentukan ranking berapa bintang yang akan diperolehi di tempat aku bertugas sekarang. Namun hati AP amat teruja kerana akan dapat berjumpa salah seorang blogger yang penuh pengalaman dalam kehidupan dan abang daripada AP.

(more…)