
Anda tahu apa itu takaful? Apakah itu insurans ? AP sendiri pun tidak tahu sangat apakah kedua-dua perkara ini. Namun terdapat 1 blog iaitu RahsiaTakaful.Com yang boleh dijadikan rujukan oleh kita. Blog ini dipunyai oleh AFYAN MAT RAWI, beliau merupakan seorang Penolong Pengurus Agensi Takaful Keluarga di Takaful Ikhlas Sdn Bhd. Karier beliau selaku perunding takaful dan perancang kewangan peribadi bermula sebaik sahaja beliau bergelar graduan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang Undang-undang (LL.B), pada tahun 2003. Dalam masa sama, sebagai trainer dalam bidang perancangan harta dan kewangan peribadi.
(more…)
Posted by Akmal |
6 Comments »

Kali ni AP nak review pasal seorang blogger yang sama negeri dengan AP iaitu Cdiqlife.com, seorang blogger yang aktif dalam perniagaan grafik designer secara online. Beliau menyediakan pelbagai servis grafik design di blognya seperti fanpage, blog banner, logo, letter head, corporate folder, A4/A5 Booklet, Website, Bussiness Card dan banyak lagi. Anda boleh melihat hasil kerja beliau di blognya, Cdiqlife.com di A Journey -> My Art dan My Servis.Cdiqlife.Com juga ada menyediakan design jersi, salah satunya ialah Jersi Kelantan di My Servis.
Pendek kata, jika anda ingin mendapatkan tips-tips perniagaan berkaitan grafik, boleh lah lawat blog ini, Cdiqlife.com .
AP: 1 kelate, tp xde rezki lg nak jumpa face to face dgn tuan punya blogger ni..
Posted by Akmal |
9 Comments »
ICT adalah topik AP suka bila melayari internet, jadi apabila online sahaja. mula AP mestila buka FaceBook dulu, heheheheh. Nak wat camne, FB kan laman sosial utama. Lepas tu barulah AP melayari blog-blog favourtite AP. Kali ini AP ingin berkongsi dengan pembaca blog 5 Blog ICT yang AP selalu singgah untuk mengetahui perkembangan dunia ICT sekitar kita. 5 pilihan blog ICT apa ialah:
1. Amanz.My

Tak perlu dipertikaikan lagi blog ni, , memang selalu dikemaskini dengan berita-berita ICT terkini tempatan. 5 bintang utk blog ini
.
2. SumberTerbuka.Net

Memandangkan AP kerja dalam kerajaan sekarang, dan kebanyakan agensi kerajaan lebih terarah kepada penggunaan Sumber Terbuka berbanding sumber berlesen. Jadi sekali sekala AP kena lah singgah kat blog yang memaparkan berita perihal teknologi sumber terbuka ni seperti linux dan lain-lain. Ap masih lagi dalam proses pembelajaran tentang perihal ini.
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »

Janji perlu dikotakan, sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini dalam post Penghargaan Kepada Top 3 Pengkomen 2010. Kali ini giliran pengkomen yang ke-3 tertinggi pada tahun 2010 iaitu ZikriHusaini.Com pula untuk di review.
Dengan tagline Kemesraan Yang Berkekalan, menjadikan owner blog ini seorang yang begitu mesra dalam komuniti blogger di Malaysia. Jadi tidak hairanlah jika nama beliau banyak muncul di kebanyakan blog-blog Malaysia kerana beliau seorang yang mesra dan suka blogwalking (Tak macam AP yang selalu je sibuk dengan kerja-kerja di pejabat :p ). Jika dibaca perihal pemunya blog ZikriHusaini.Com di page About, beliau adalah seorang yang berasal dari Muar, Johor. Sudahpun berkerjaya di tahun 2011 kini tapi rahsia la pulak.
(more…)
Posted by Akmal |
17 Comments »

Pada khamis malam yang lalu iaitu pada 7 April 2011 lalu. Saudara DnoBiz.Com telah menelefon AP mengajak berjumpa dengan Saudara Bro Joe atau lebih dikenali dengan Sangilapi (Tuan Punya Blog RezekiMurah.Com) pada malam itu. Walaupun badan keletihan sangat kerana terpaksa bekerja keras untuk 2 hari berturut-turut sebelum itu menyediakan dokumentasi sambil memantau sistem kerana pada 7 April 2011 tersebut satu pasukan inspektorat dari kementerian datang ke PBT untuk menentukan ranking berapa bintang yang akan diperolehi di tempat aku bertugas sekarang. Namun hati AP amat teruja kerana akan dapat berjumpa salah seorang blogger yang penuh pengalaman dalam kehidupan dan abang daripada AP.
(more…)
Posted by Akmal |
26 Comments »

Kali ni AP memperkenal blog salah seorang Blogger yang juga penggiat seni tanah air. Jika anda melihat wajahnya pasti anda akan mengenalinya kerana beliau selalu muncul di kaca TV dan juga wayang dengan wataknya yang selalu Jahat. Dianugerahkan dengan muka yang ganas dan kelihatan samseng, tetapi dengan wajahnya tersebut yang ganas dan bengis menyebabkan beliau selalu memegang watak samseng dan jahat dalam banyak filem dan drama tempatan. Beliau berketurunan Cina tetapi telah pun memeluk Islam pada tahun 2007. Kalau dalam filem,beliau selalu di panggil ‘Taiko‘
iaitu ketua jahat dan kadang-kadang orang kanan ketua jahat. Di sebalik wajahnya yang bengis dan selalu memegang watak jahat dalam filem/drama tempatan, personaliti sebenarnya beliau adalah seorang yang penyayang dan baik hati.
(more…)
Posted by Akmal |
23 Comments »

Antara jenis blog kegemaran aku ialah semestinya berkenaan ICT, dan salah satunya ialah blog HairilHazlan.com , kepunyaan Bro Mancai. Blog HairilHazlan.Com ini banyak memaparkan maklumat mengenai ICT seperti berita-berita ICT, tutorial ICT, perniagaan, sains dan teknologi, kreatif dan inovatif. Mungkin kerana kerjayanya sama dengan kerjaya aku iaitu dalam bidang ICT profesional. Banyak yang dapat aku pelajari dalam blognya terutama berkenaan teknologi Open Source dan Networking. Lagipun rasanya Saudara Mancai ni lebih pro drpd aku dalam bidang ICT ni.
(more…)
Posted by Akmal |
15 Comments »

Anda inginkan berita-berita sensasi dan hot?? Apa kata anda cuba terjah blog BeritaSemasa.com ini. Ada bermacam-macam berita hangat yang melibatkan pelbagai isu semasa di negara kita. Antara kategori berita ialah seperti politik, ekonomi, dunia, Malaysia dan banyak lagi. Kesemuanya ada 25 kategori berita. Malahan blog ini sentiasa update setiap hari dengan berita-berita sensasi yang berlaku mengikut keadaan semasa. Selain daripada kategori, terdapat beberapa bahagian untk akses cepat iaitu Berita Terkini dan Respon Terkini Pembaca.
(more…)
Posted by Akmal |
33 Comments »

Sebagaimana dijanjikan sebelum ini dalam post Kucing2Terbiar.Blogspot.com: Kisah Kucing Yang Terbiar. Kali ini aktechpage.com membuat 1 lagi review berkenaan blog kucing iaitu KakiMotong.Blogspot.com, sebuah blog yang mengisahkan tentang kehidupan seharian seekor kucing jalanan yang bernama HERO di mana ia telah dianiaya oleh manusia yang tidak bertanggungjawab. Blog picisan ini juga adalah sebagai wadah perjuangan Papa Hero dan para pencinta haiwan yang lain untuk membela nasib haiwan-haiwan yang terbiar. Mengikut apa yang aktechpage.com tahu, kucing yang bernama Hero ini cacat kedua-dua kaki hadapannya akibat di potong oleh seorang tukang masak sebuah restoran akibat daripada Hero mencuri seekor ikan, benar atau tidak cerita ini wallahualam.
(more…)
Posted by Akmal |
9 Comments »

Sekarang ini di Malaysia sedang hangat musim Piala Malaysia, iaitu antara kejohanan berprestij di Malaysia. Kepada peminat bola sepak, anda semestinya inginkan info-info yang menarik dan terkini mengenai perkembangan bola sepak tempatan. Blog adalah merupakan satu trend masa kini untuk mendapatkan info tersebut terutama kepada blog yang sentiasa dan cepat dikemaskinikan. Kini aktechpage.com ingin mereview 1 blog bola sepak tempatan yang terhangat masa kini iaitu liga-m.sokernet.com: Berita, Info Liga Malaysia, Liga Super, Liga Perdana, Liga Malaysia. Pendek kata blog ini memaparkan kesemua info berkenaan kejohanan bola sepak utama di Malaysia ini.
(more…)
Posted by Akmal |
19 Comments »