Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, aku ingin review salah 1 blog keagamaan yang selalu menjadi rujukan dalam bab-bab agama Islam. Alhamdulillah, dengan adanya blog, kita dapat mempelajari banyak ilmu termasuklah ilmu keagamaan. Blog kali ini yang ingin aku review ialah blog Zaharuddin.net , rasanya blog ini sudah ramai yang kenal kerana pemilik blog ini iaitu Ustaz Hj. Zaharuddin adalah seorang yang tidak asing lagi dalam membicarakan hal ehwal agama Islam di Malaysia. Beliau adalah salah seorang pendakwah bebas, penulis buku, penceramah, pensyarah, konsultan syariah, penasihat dan banyak lagi.









