
Perjasa.Org.My adalah sebuah laman web untuk Persatuan Juruanalisa Sistem Sektor Awam (PERJASA), iaitu sebuah persatuan khas untuk penjawat awam yang memegang jawatan sebagai Pegawai Teknologi Maklumat (PTM) seperti AP. AP belum pun daftar lagi disebabkan kesibukan kerja yang amat sangat menyiapkan projek ICT kerajaan yang pertama
. AP baru je menjadi PTM sejak Mei 2010 yang lalu dan masih lagi belajar selok belok bekerja sebagai PTM.
(more…)
Posted by Akmal |
8 Comments »

Kali ini AP berkongsi satu laman web yang mengumpul koleksi ucapan, temuramah dan artikel salah seorang pemimpin negara kita, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ke-4 Malaysia. Anda akan dapat mebaca hampir kesemua koleksi ucapan, temuramah dan artikel mengenai Dr. Mahathir di laman web Mahathir.Com , kesemua koleksi artikel & temuramah ini ditulis dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Jadi jika anda ingin mengenali dengan lebih mendalam tentang salah seorang pemimpin agung Malaysia ini, boleh la ke laman web Mahathir.Com .
AP: Kagum dengan perubahan yang telah dilakukan oleh Tun Dr. Mahathir kepada Malaysia sekarang.
Posted by Akmal |
5 Comments »

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, AP ingin memperkenalkan 2 laman web yang sangat berguna untuk anda gunakan sepanjang bulan Ramadhan ini iaitu SahurBerbuka.Com dan TimeToBuka.Com . Kedua-dua laman web ini memaparkan waktu berbuka dan imsak mengikut lokasi. Ianya boleh di gunakan dalam peranti mobil seperti telefon pintar. Antara 2 laman web ini, AP hanya menggunakan web SahurBerbuka.Com sahaja kerana TimeToBuka.Com tidak dapat memaparkan waktu, asyik Getting Location aje
.
(more…)
Posted by Akmal |
6 Comments »

Kemudahan teknologi hari semakin memudahkan kehidupan manusia di seluruh dunia, hari ke hari ada sahaja pembaharuan yang dilakukan di internet demi memudahkan gaya kehidupan seharian kita. Kalau dulu tanpa internet, untuk membeli sesuatu kita perlu keluar rumah dan menhadapi kesesakan jalan raya. Tapi kini tidak lagi dengan adanya teknologi internet. Kita boleh membeli secara online dan produk yang kita beli akan sampai ke rumah kita melalui pos. Salah satu produk yang dah lama menggunakan gaya pembelian ini ialah pembelian produk buku. Kali ini AP ingin review salah satu laman web jual buku secara online iaitu BookCafe.Com.My: Kedai Buku Online PTS .
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »

Adakah anda sedang mencari bahan rujukan seperti kertas kerja? tesis? tutorial? atau apa-apa dokumen rujukan. Anda boleh cuba mencari di DocStoc.Com. DocStoc.Com adalah sebuah laman web yang menyediakan platform kepada pengguna internet seluruh dunia untuk berkongsi segala jenis dokumen secara online. Di sini anda boleh mencari bermacam-macam jenis dokumen seperti kewangan, pendidikan, perniagaan, undang-undang, teknikal dan lain-lain lagi. DocStoc.Com ibarat seperti Google, enjin carian tetapi khas untuk dokumen sahaja.
(more…)
Posted by Akmal |
20 Comments »

Anda suka permainan teka silang kata, carian perkataan atau menyelesaikan mesej tersembunyi? Jika anda suka anda boleh membina sendiri teka-teki ini dan cuba selesaikan ia mengikut kelesesaan kita sendiri melalui laman web PuzzleMaker.DiscoveryChannel.Com (PuzzleMaker) . PuzzleMaker juga boleh dijadikan idea menarik bagi aktiviti keluarga, aktiviti di sekolah, aktiviti promosi, hari keluarga pejabat atau mungkin diberikan kepada rakan bagi menguji kecekapan mereka. Anda bebas membina, mencetak dan menghantarnya menerusi emel dan semua ini ditawarkan PERCUMA.
(more…)
Posted by Akmal |
27 Comments »

Anda ingin tahu bagaimanakah rupa komputer lama pada zaman 60an, 70an, 80an, 90an dan awal zaman millenium 2000. Jika anda ingin melihat rupa bentuk komputer peribadi atau laptop di zaman awal permulaanya teknologi ini, boleh lah layari www.mrmartinweb.com: Computer Museum. Di sini anda dapat lihat bagaimanakah sesebuah teknologi perkakasan komputer berevolusi bermula daripada awal hingga sekarang. Banyak perbezaannya terutama dari segi saiz dan berat. Pelbagai jenis dan jenama komputer lama yang dapat anda lihat di laman web MrMartinWeb.Com: Computer.
(more…)
Posted by Akmal |
24 Comments »

Adakah kita rakyat Malaysia mempunyai laman sosial sendiri seperti FaceBook ?
Jawapannya ialah YA. Kita ada iaitu MyFriends2u.Com yang dibangunkan oleh syarikat tempatan NetXpert Sdn Bhd yang dilancarkan pada Mei 2010 lalu. Laman sosial ini boleh dijadikan alternatif kepada FaceBook dan ia merupakan produk Malaysia yang perlu dibanggakan. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif NetXpert Sdn Bhd, Che Onn Ismail, laman sosial ini dibina berdasarkan kehendak dan keperluan pengguna yang mahukan platform setempat mudah, yang bukan sahaja membolehkan pengguna berhubung malah boleh melakukan lebih daripada itu menerusi satu akses.
(more…)
Posted by Akmal |
23 Comments »

Anda ingin belajar linux daripada A – Z ??? Anda ingin mendalami ilmu linux dengan lebih mendalam lagi ?? Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana sudah ada 1 laman web bahasa Melayu yang membolehkan anda mempelajari perihal Linux iaitu JomLinux.com . JomLinux.com memaparkan berita-berita terkini mengenai dunia Linux tempatan dan juga antarabangsa. Di sini anda akan dapat mebaca pelbagai rencana, tutorial, reviu dan aktiviti yang semuanya berkaitan linux.
Apakah Ciri-Ciri JomLinux.Com ??
(more…)
Posted by Akmal |
15 Comments »

Selalu review blog yang berilmiah je kadang kala membosankan jugak kan? OK lah, kali ini aku ingin review berkenaan blog yang lebih santai dan meringankan minda. Blog kali ini adalah berkenaan binatang yang aku paling suka belai iaitu kucing. Blog tersebut ialah Kucing2Terbiar.BlogSpot.com . Bagi peminat kucing terutamanya mestilah perempuan kan, bolehlah kunjungi blog ini untuk membaca pelbagai kisah-kisah kucing yang dipelihara oleh pemilik blog iaitu Saudara Al Bakri Isa ataupun lebih dikenali nama pena blog Papa Meow
.
(more…)
Posted by Akmal |
26 Comments »