
Anda ingin belajar linux daripada A – Z ??? Anda ingin mendalami ilmu linux dengan lebih mendalam lagi ?? Kini anda tidak perlu bimbang lagi kerana sudah ada 1 laman web bahasa Melayu yang membolehkan anda mempelajari perihal Linux iaitu JomLinux.com . JomLinux.com memaparkan berita-berita terkini mengenai dunia Linux tempatan dan juga antarabangsa. Di sini anda akan dapat mebaca pelbagai rencana, tutorial, reviu dan aktiviti yang semuanya berkaitan linux.
Apakah Ciri-Ciri JomLinux.Com ??
(more…)
Posted by Akmal |
15 Comments »

Selalu review blog yang berilmiah je kadang kala membosankan jugak kan? OK lah, kali ini aku ingin review berkenaan blog yang lebih santai dan meringankan minda. Blog kali ini adalah berkenaan binatang yang aku paling suka belai iaitu kucing. Blog tersebut ialah Kucing2Terbiar.BlogSpot.com . Bagi peminat kucing terutamanya mestilah perempuan kan, bolehlah kunjungi blog ini untuk membaca pelbagai kisah-kisah kucing yang dipelihara oleh pemilik blog iaitu Saudara Al Bakri Isa ataupun lebih dikenali nama pena blog Papa Meow
.
(more…)
Posted by Akmal |
26 Comments »

Dimanakah anda ingin cari dokumen rujukan untuk rujukan anda dalam menyediakan kertas kerja, assigment kuliah dan pelbagai tugasan yang lain, selain daripada menggunakan Search Engine internet anda boleh menggunakan 1 laman web di mana kesemua dokumen ilmiah dikumpulkan iaitu Scribd.com . Scribd.com adalah sebuah laman web perkongsian setempat pelbagai jenis dokumen yang boleh anda jadikan rujukan. Jika YouTube sebagai tempat perkongsian video, flickr atau picasa pulak adalah tempat perkongsian gambar, Scribd.com juga sama konsep seperti YouTube, Flickr atau Picasa tetapi sebagai 1 tempat perkongsian dokumen.
(more…)
Posted by Akmal |
24 Comments »

Satu lagi community blogging iaitu Blogged.my yang membolehkan para blogger ping kan post untuk SEO blog masing-masing. Blogged.my juga mengumpulkan pelbagai jenis blog dalam satu komuniti. Anda hanya perlu daftar sahaja dan memasukkan alamat blog anda, setkan blog anda ping secara automatik setiap kali ada post terbaru. Di Blogged.my anda akan dapat melihat beberapa post terbaru daripada ahli komuniti yang terkini, yang popular minggu ini, yang popular bulan ini dan juga yang popular tahun ini. Cuma 1 je yang takde iaitu kategori blog. Walaupun begitu ianya masih lagi boleh dikategorikan mengikut tag untuk melihat pelbagai jenis post melalui menu Browse Tags.
(more…)
Posted by Akmal |
12 Comments »

Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, aktechpage.com ingin review satu laman web islamik iaitu QuranExplorer.com: Quran Recitation and Translation Online in Arabic, English & Urdu. Pendek kata QuranExplorer.com adalah satu laman web bacaan Al-Quran online yang mempunyai terjemahan dalam Bahasa Arab, English & Urdu. Anda boleh mendengar bacaan sambil membaca Al-Quran yang dibacakan oleh 6 Qari terkenal iaitu Abdul Baasit, As Sudays Shraym, Khalil Husari, Mahmood Albana, Mishari Rashid, Salah Bukhatir, Sheikh Ahmed Ajmi, Sheikh Minjawi, Sheikh al Huzaifi dan favourite aktechpage.com, Saad Al Ghamdi. Anda boleh memilih Qari yang manakah ingin dengar pembacaan Al-Quran.
(more…)
Posted by Akmal |
18 Comments »

Sesetengah orang mungkin dah tahu cara menggunakan Google Maps secara optimum. Walaupun dah tahu, aku tetap nak post entry pasal Google Map ini hanya untuk orang yang belum tahu lagi. Di sini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman penggunaan Google Map sejak bertugas sementara waktu di Kuala Lumpur (KL) ini. Sejak aku mula bertugas di KL boleh dikatakan setiap hari aku membuka Google Map untuk tahu jalan yang mana 1 perlu dilalui untuk pergi dan pulang dari pejabat. Pejabat aku pulak ni memang betul-betul berada di tengah kota metropolitan KL. Lagipun aku memang buta pasal tempat-tempat di sekitar KL kerana tidak tahu di manakah terletaknya Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang, Cheras dan lain-lain tempat.
(more…)
Posted by Akmal |
13 Comments »

Satu lagi direktori blogger buatan Malaysia iaitu MyeBuzz.net: from Bloggers for Bloggers. MyEbuzz.net adalah salah satu direktori yang dikenali sebagai “Malaysia Blogger Community Site” untuk kesemua blogger Malaysia yang telah mendaftar submit kesemua post entry daripada blog masing-masing untuk meningkatkan trafik dan backlink. Daripada pandangan peribadi aktechpage.com, fungsi MyEbuzz.net adalah lebih kurang sama sahaja dengan GengBlogger.com. Apa yang membezakan adalah GengBlogger.com adalah lebih menarik dan interaktif daripada MyeBuzz.net .
(more…)
Posted by Akmal |
19 Comments »