
Solat adalah tiang agama dan tanpa tiang itu nilai-nilai agama dalam diri seseorang itu akan hilang atau runtuh. Dengan itu salah satu cara untuk mengingatkan kita sebagai seorang Muslim tentang waktu solat terutama semasa kita sibuk bekerja di pejabat atau sedang berhadapan dengan komputer adalah melalui perisian PERCUMA Salaat Time.
Salaat Time adalah perisian berunsur Islam yang mempunyai pelbagai fungsi dan fungsi utama semestinya memberitahu waktu solat dan juga boleh menentukan arah kiblat di mana sahaja kedudukan anda di dunia. Untuk download perisian percuma ini, anda bolehlah ke www.salaattime.com untuk download. Setelah ia di download dan di install pada komputer anda, ia akan berfungsi apabila ikon kaabah tertera di bahagian sudut kanan bawah di taskbar. Apabila tiba waktu solat, azan akan kedengaran menerusi speaker komputer anda. Selain itu, software ini juga menyediakan kalendar Hijrah dan Masihi untuk memudahkan rujukan.
(more…)
Posted by Akmal |
4 Comments »

Kebanyakan dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik. Dokumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel. Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian memerlukan perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula. Jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin berubah. Satu penyelesaian diperlukan supaya semua dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal.
Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format. Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperoleh secara percuma. (more…)
Posted by Akmal |
2 Comments »
Anda mempunyai audio mp3 dan ingin menukar format kepada audio wav. Mudah je, anda gunakan software Free MP3 WMA Converter V8 yang dibangunkan oleh Koyote Soft. Ia adalah software percuma. Software ini boleh install dalam OS Windows 95/98/Me/2000/XP/2003 Server/Vista. Software ini boleh convert file mp3 kepada 5 format iaitu wav, wma, ogg, AAC, FLAC, APE. Biasanya 2 format yang selalu digunakan oleh kita dalam audio iaitu wav dan wma sahaja, yg lain tu aku pun tak pernah guna
. Ia amat mudah digunakan, anda hanya perlu pandai sedikit dalam bahasa Inggeris
, interface user friendly. Dalam masa 5 minit sahaja anda mampu menggunakan software ini sepenuhnya. Untuk download software ini, Klik Sini.

Posted by Akmal |
No Comments »