Aug
31st

Salam Merdeka 2010!!!

Files under Special | 10 Comments

Salam Merdeka 2010!!!

Alhamdulillah, syukur kepada ilahi tahun ini kita sekali lagi menyambut kemerdekaan dalam keadaan aman makmur di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Tahun ini adalah tahun yang ke-53 Malaysia menyambut kemerdekaan. Tema bagi sambutan kemerdekaan tahun ini ialah 1Malaysia, Menjana Transformasi. Semoga kita semua rakyat Malaysia dapat bersatu padu dan terus menerus menjana kemajuan dari semasa ke semasa dalam keadaan harmoni sentiasa. Bukan senang nak cari negara aman seperti di Malaysia yang mana 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dapat hidup dengan penuh aman damai, bebas melakukan aktiviti keagamaan dan adab masing-masing tanpa sekatan serta bergaul mesra antara 1 sama lain. Negara lain yang hanya sebangsa tapi berbeza agama pun ada juga peperangan, contohnya India & Sri Lanka.

(more…)

Aug
11th

Salam Ramadhan 1431H/2010

Files under Special | 20 Comments

Sempena bulan Ramadhan yang sudah bermula hari ini, di sini pihak aktechpage.com ingin mengucapkan Salam Ramadhan 2010/1431H & Selamat Berpuasakepada semua pelawat-pelawat blog aktechpage.com ini yang beragama Islam, mohon maaf jika ada salah silap sepanjang berblogging ini, terkasar bahasa ke, tersilap bahasa ke atau tersilap menulis post ke. Mohon maaf dipinta.  Semoga kita semua dapat mengerjakan ibadah Puasa di bulan Ramadhan kali ini dengan penuh tawaduk dan kesyukuran. Insya Allah… :)

ps: Sempena Ramadhan kali ini juga, ada hadiah special daripada Mr.Kay iaitu 1 plugin WordPress waktu berbuka puasa di Malaysia. Terima kasih kepada MuhammadTarmizi.com kerana melalui blognya lah tahu perihal plugin istimewa sempena Ramadhan ini.

Jul
11th

Kemuncak Demam World Cup 2010 (The Final)


Akhirnya demam World Cup 2010 akan berakhir di awal pagi Isnin esok, bagi yang bekerja pada hari Isnin, bersiap sedialah dengan bantal atau kopi tongkat Ali keesokan harinya di pejabat bagi sesiapa yang bekerja termasuklah aku. Untuk persediaan yang lebih rapi, tido lah awal-awal dan bila bangun nanti sembahyang sunat dulu seperti sembahyang tahajud ke, hajat ke, lepas tu layanlah Final World Cup 2010 ini :D .

(more…)

Jun
30th

Selamat Ulang Tahun ke – 4 aktechpage.com

Hari ni tanggal 30 Jun 2010, genaplah blog aktechpage.com ini berusia 4 tahun. Pada tarikh ini lah aku membeli domain dan hosting dalam 1 pakej untuk membina aktechpage.com Alhamdulillah, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dari segi hosting down, suspend,  di kritik, di provoke dan juga kesilapan sendiri seperti  kemalasan ownernya sendiri yang malas update sepanjang tahun 2008, kemudian kembali online pada tahun 2009 menggunakan platftorm wordpress selepas mula-mula menggunakan platform Joomla.  Apapun aktechpage.com masih lagi online bernyawa sehingga hari ini dan memberi segala informasi secara PERCUMA untuk di kongsi bersama-sama dengan pembaca-pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain yang sentiasa memberi sokongan padu.

(more…)

Jan
21st

Malaysia Internet Summit 2010: Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia Pertama

Files under Internet, Special | 10 Comments

Buat julung-julung kalinya  Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia yang terbesar akan diadakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC).  Konvesyen ini yang dinamakan sebagai Malaysia Internet Summit 2010 diadakan selama 1 hari yang mengumpulkan 12 orang pakar pemasaran internet Malaysia yang akan memberi ceramah mendedahkan rahsia kejayaan mereka membina empayar perniagaan internet masing-masing. Antara 12 orang pakar pemasaran internet yang dilantik panel penceramah ialah Irfan Khairi, Shuth, SmartZul, Gobala Krishnan, SaifulSham, Ammar Zahar, Labanon Flarebiz, Amirol, Sifu Lan, Zaki Yusof dan Puan Ann. Kesemua 12 panel ini adalah sebahagian nama-nama besar di persada pemasaran internet Malaysia.

(more…)

Jan
1st

Selamat Tahun Baru 2010

Files under Personal, Special | 4 Comments

Tahun baru menjelma lagi, seperti biasa setiap tahun baru pasti seseorang itu akan ada azam tahun baru dan juga cuba merenung kembali apakah azam tahun 2009 sudah tercapai atau tidak? Sebenarnya aku nak tulis azam tahun baru pada 18 Dis 2009 yang lalu sempena tahun baru Islam Maal Hijrah 1431, tetapi hari tu aku terpaksa drive dr awal pagi hingga ke petang kerana berkursus di KL. Jadi tundalah ke hari ini je. Kali ini aku hanya ingin menyentuh perihal azam penglibatan aku dalam dunia online sahaja terutama blogging.

(more…)

Dec
18th

WordPress Menang 2009 Open Source CMS Awards

Files under Internet, Special | 4 Comments

Baru-baru ini WordPress telah diumumkan sebagai pemenang untuk anugerah Overall Best Open source CMS Award 2009 dalam pertandingan Open Source CMS Awards. Pertandingan ini telah di anjurkan oleh PACKT Publishing, iaitu sebuah syarikat menjual buku ICT yang berasaskan Open Source secara online yang berpangkalan di Birmingham, England. PACKT Publishing telah menganjurkan pertandingan Open Source CMS Awards sejak tahun 2006.  Keputusan pertandingan di tentukan oleh undian pengguna CMS dari seluruh dunia yang diselia oleh pakar-pakar CMS yang terpilih.

(more…)

Dec
7th

Koleksi Gambar & Video Accident di KB Mall

Files under Kelantan, Special | 2 Comments

Kejadian di KB Mall kelmarin amatlah mengejutkan seluruh negeri Kelantan dan Negara, sebuah kereta telah terjatuh dari tingkat 3 KB Mall hingga ke bawah dan menghempap 3 orang pelajar Masterskill yang sedang menaiki escalator. Kemalangan ini menyebabkan 2 mangsa mati dan seorang lagi cedera parah. Kejadian ini dikatakan terjadi pada sekitar jam 3 petang. Untuk maklumat lanjut dan melihat gambar dan video kejadian bolehlah ke Weblog Salam Pantai Timur

Koleksi Gambar & Video serta maklumat Accident di KB Mall ==> http://salampantaitimur.com/

ps:  Al-Fatihah untuk mangsa ….

Dec
4th

Perjumpaan IM & Blogger Kelantan Kali Ke-2

Files under Personal, Special | 3 Comments

Agaknya akulah yang paling lewat post berkenaan tajuk di atas berbanding dengan blogger2 lain yang telah pun post di blog masing2. Walaubagaimanapun aku sangat gembira kerana berjaya juga menghadiri perjumpaan IM & Blogger Kelantan bagi kali ke-2 yang di anjurkan oleh Saudara Adly aka Labanon pada 29 November 2009 lalu, Hari Raya ke-3 Aidiladha bertempat di D’Klasik Cafe, Kubang Kerian bermula pada jam 10.00pg hingga 1 ptg. Nasib baiklah aku 2/3 minggu kebelakangan ini kembali aktif dalam WangCyber.com (WC), dapat juga mengetahui perihal perjumpaan ini.

Perjumpaan IM & Blogger Kelantan Kali pertama di adakan adalah pada 7 Julai 2007 bertempat di A&W, KB Mall juga rasanya di anjurkan oleh Saudara Labanon tetapi beliau tidak dapat hadir kerana kena tahan oleh cikgu Warden semasa ingin lompat pagar sekolah kot  (Ye ke??? :) ). Perjumpaan kali ke-2 di Noodle Station. KB Mall pada tahun 2008 plak tidak ketahuan oleh aku plak. Pada perjumpaan kali ini, aku tiba agak lewat sedikit iaitu jam 10.30pg,  bila masuk je cafe aku dah ternampak Saudara Abu Hanis yg berkopiah dgn baju merah (Seperti mana yg telah diberitahu dalam WC) dan juga Saudara Ringgit Hit yang pernah aku jumpa 2 tahun yang lalu dan juga Otai IM Saudara Alang serta yang lain2 yang tidak berapa ku kenali. (more…)

Nov
5th

Semangat Membara The Red Warriors

Files under Kelantan, Special | 2 Comments

Selepas 39 Tahun menunggu untuk ke Final Piala Malaysia, akhirnya pada 7 November 2009 ini pasukan bola sepak negeri kelantan atau lebih dikenali dengan gelaran “The Red Warriors” berjaya juga melangkah ke Final dan berpeluang untuk merangkul buat pertama kalinya Piala Malaysia jika dapat mengalahkan seteru utama iaitu pasukan Negeri Sembilan. Pertemuan ini bagaikan buku bertemu ruas. Walaupun dari segi rekod pertemuan banyak memihak kepada Negeri Sembilan sebelum ini tetapi aku yakin, pertemuan di Bukit Jalil ini The Red Warriors pasti tidak akan mudah mengalah dan akan berjuang habis-habisan untuk mencatatkan nama sebagai salah satu pasukan bola sepak di Malaysia yang merangkul Piala Malaysia yang berprestij ini.

Hari ini kepada semua warga Kelantan, harap anda semua dapat membeli Sinar Harian edisi Kelantan kerana komen aku di kawasan Pasir Mas muka surat K8 sebagai salah seorang penyokong setia The Red Warriors keluar hari ini…heheheheh….glamour gitu….(perasan seyhhhh :P )…

Pertandingan ini merupakan satu sejarah kepada Kelantan kerana ia buat pertama kalinya dapat beraksi di Final Piala Malaysia selepas 39 tahun menunggu peluang tersebut. Apa yang kami harapkan sudah tentulah kemenangan!!

Tapi sayang, aku tidak dapat ke Bukit Jalil bersama rakan-rakan lain kerana terpaksa mengikuti kursus Team Building di Agrotek Resort, Hulu Langat dari 6 Nov 2009 hingga 8 Nov 2009 anjuran daripada majikan aku. huhuhhu.. :( . Malam ni dah bertolak dengan menaiki bas ke Shah Alam, harap2 aku dapat menonton perlawanan melalui Siaran Langsung di kaca TV. Tapi tengok kepada jadual kursus, sangat padat juga lah, harap2 dapat menonton.