Hari ini 16 September tahun 2010, buat kali pertama kita menyambut Hari Malaysia seluruh negara sejak Merdeka dan ia merupakan cuti umum pertama kalinya pada tahun ini. Semoga sambutan Hari Malaysia ini dapat mengeratkan lagi perpaduan dan hubungan silaturrahim antara kita di Malaysia ini.
Apa itu Hari Malaysia?
Dibawah ini adalah petikan daripada Wikipedia mengenai Hari Malaysia.
Hari ini Hari Raya Aidilfitri lagi, syukur ke hadrat ilahi kerana kita sekali lagi menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2010/ 1431H kali ini dalam suasana yang penuh harmoni dan makmur. Hampir kesemua perantau pulang ke kampung masing-masing. Kelmarin pun kelihatan banyak kereta hebat dan besar belaka berada di perkarangan rumah-rumah kampung di kelantan ini menunjukkan anak-anak di perantauan sudah selamat tiba untuk menyambut aidilfitri bersama ibu bapa masing-masing.
Jadi di kesempatan ini, aktechpage.com ingin mengucapkan kepada semua pelawat/pembaca aktechpage.com dan rakan-rakan blogger sekalian yang merayakan Aidilfitri ini dengan ucapan :-
Ampun & Maaf Andainya
TERkasar bahasa
TERsilap bicara
TERmarah yang tak terkena
TERtanya tak tentu hala
TERsasul yang tak sengaja
TERpukul kat mana-mana
TERpekik di telinga
TERhantuk di kepala
TERpinjam harta benda
TERmoody tak semena-mena
TERumpat bila-bila
TERmacam-macam lagi yang kena mengena
Semoga di maafkan, kerana YOU lah kawan I dunia Akhirat!!!
ps: Akhir sekali, berhati-hatilah ketika menjamu selera di pagi 1 SYAWAL… jangan melampaui batas, nanti terbabas…heheheh
Alhamdulillah, syukur kepada ilahi tahun ini kita sekali lagi menyambut kemerdekaan dalam keadaan aman makmur di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan. Tahun ini adalah tahun yang ke-53 Malaysia menyambut kemerdekaan. Tema bagi sambutan kemerdekaan tahun ini ialah 1Malaysia, Menjana Transformasi. Semoga kita semua rakyat Malaysia dapat bersatu padu dan terus menerus menjana kemajuan dari semasa ke semasa dalam keadaan harmoni sentiasa. Bukan senang nak cari negara aman seperti di Malaysia yang mana 3 kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India dapat hidup dengan penuh aman damai, bebas melakukan aktiviti keagamaan dan adab masing-masing tanpa sekatan serta bergaul mesra antara 1 sama lain. Negara lain yang hanya sebangsa tapi berbeza agama pun ada juga peperangan, contohnya India & Sri Lanka.
Sempena bulan Ramadhan yang sudah bermula hari ini, di sini pihak aktechpage.com ingin mengucapkan Salam Ramadhan 2010/1431H& Selamat Berpuasakepada semua pelawat-pelawat blog aktechpage.com ini yang beragama Islam, mohon maaf jika ada salah silap sepanjang berblogging ini, terkasar bahasa ke, tersilap bahasa ke atau tersilap menulis post ke. Mohon maaf dipinta. Semoga kita semua dapat mengerjakan ibadah Puasa di bulan Ramadhan kali ini dengan penuh tawaduk dan kesyukuran. Insya Allah…
ps: Sempena Ramadhan kali ini juga, ada hadiah special daripada Mr.Kay iaitu 1 plugin WordPress waktu berbuka puasa di Malaysia. Terima kasih kepada MuhammadTarmizi.com kerana melalui blognya lah tahu perihal plugin istimewa sempena Ramadhan ini.
Akhirnya demam World Cup 2010 akan berakhir di awal pagi Isnin esok, bagi yang bekerja pada hari Isnin, bersiap sedialah dengan bantal atau kopi tongkat Ali keesokan harinya di pejabat bagi sesiapa yang bekerja termasuklah aku. Untuk persediaan yang lebih rapi, tido lah awal-awal dan bila bangun nanti sembahyang sunat dulu seperti sembahyang tahajud ke, hajat ke, lepas tu layanlah Final World Cup 2010 ini .
Hari ni tanggal 30 Jun 2010, genaplah blog aktechpage.com ini berusia 4 tahun. Pada tarikh ini lah aku membeli domain dan hosting dalam 1 pakej untuk membinaaktechpage.com Alhamdulillah, walaupun menghadapi pelbagai rintangan dari segi hosting down, suspend, di kritik, di provoke dan juga kesilapan sendiri seperti kemalasan ownernya sendiri yang malas update sepanjang tahun 2008, kemudian kembali online pada tahun 2009 menggunakan platftorm wordpress selepas mula-mula menggunakan platform Joomla. Apapun aktechpage.com masih lagi online bernyawa sehingga hari ini dan memberi segala informasi secara PERCUMA untuk di kongsi bersama-sama dengan pembaca-pembaca dan rakan-rakan blogger yang lain yang sentiasa memberi sokongan padu.
Buat julung-julung kalinya Konvensyen Pemasaran Internet Malaysia yang terbesar akan diadakan pada 21 Februari 2010 bertempat di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre (PWTC). Konvesyen ini yang dinamakan sebagai Malaysia Internet Summit 2010 diadakan selama 1 hari yang mengumpulkan 12 orang pakar pemasaran internet Malaysia yang akan memberi ceramah mendedahkan rahsia kejayaan mereka membina empayar perniagaan internet masing-masing. Antara 12 orang pakar pemasaran internet yang dilantik panel penceramah ialah Irfan Khairi, Shuth, SmartZul, Gobala Krishnan, SaifulSham, Ammar Zahar, Labanon Flarebiz, Amirol, Sifu Lan, Zaki Yusofdan Puan Ann. Kesemua 12 panel ini adalah sebahagian nama-nama besar di persada pemasaran internet Malaysia.
Tahun baru menjelma lagi, seperti biasa setiap tahun baru pasti seseorang itu akan ada azam tahun baru dan juga cuba merenung kembali apakah azam tahun 2009 sudah tercapai atau tidak? Sebenarnya aku nak tulis azam tahun baru pada 18 Dis 2009 yang lalu sempena tahun baru Islam Maal Hijrah 1431, tetapi hari tu aku terpaksa drive dr awal pagi hingga ke petang kerana berkursus di KL. Jadi tundalah ke hari ini je. Kali ini aku hanya ingin menyentuh perihal azam penglibatan aku dalam dunia online sahaja terutama blogging.
Baru-baru ini WordPress telah diumumkan sebagai pemenang untuk anugerahOverall Best Open source CMS Award 2009 dalam pertandingan Open Source CMS Awards. Pertandingan ini telah di anjurkan olehPACKT Publishing, iaitu sebuah syarikat menjual buku ICT yang berasaskan Open Source secara online yang berpangkalan di Birmingham, England. PACKT Publishing telah menganjurkan pertandingan Open Source CMS Awards sejak tahun 2006. Keputusan pertandingan di tentukan oleh undian pengguna CMS dari seluruh dunia yang diselia oleh pakar-pakar CMS yang terpilih.
Kejadian di KB Mall kelmarin amatlah mengejutkan seluruh negeri Kelantan dan Negara, sebuah kereta telah terjatuh dari tingkat 3 KB Mall hingga ke bawah dan menghempap 3 orang pelajar Masterskill yang sedang menaiki escalator. Kemalangan ini menyebabkan 2 mangsa mati dan seorang lagi cedera parah. Kejadian ini dikatakan terjadi pada sekitar jam 3 petang. Untuk maklumat lanjut dan melihat gambar dan video kejadian bolehlah ke Weblog Salam Pantai Timur
Please welcome to aktechpage.com(Learn, Unlearn & ReLearn). This blog is a personal blog english-malay by a part-time blogger from Kelantan, Malaysia. Most content in this blog focus on anything relate about internet, technology, tips, motivation, issues and making money online. So, let make this blog your favourite place on internet to get new knowledge and latest info and Your 1-Stop Infotaiment.