Mar
30th

Apa itu iPad ??? part 2

Files under Technology | 13 Comments

Post sebelum ini AkTechPage.Com (AP) telah menayangkan video Apa itu iPad ??? Anda faham tak penjelasan oleh pegawai-pegawai teknologi Apple dalam bahasa Inggeris tersebut ??? Ada yang faham, ada yang sikit-sikit faham dan ada juga yang faham sepenuhnya kan. Baiklah, kali ni AP akan menjelaskan secara terperinci apakah itu iPad dalam bentuk teks dan berbahasa Melayu ini.

Pada  27 Januari 2010 yang lalu, Apple Inc. mengumumkan produk terbarunya yang diberi nama iPad, iaitu sebuah komputer tablet yang dikuasai dengan OS yang dibangunkan daripada iPhone. Secara umum peranti ini merupakan pengembangan teknologi dari iPod Touch dan iPhone, meskipun fungsi telefon tidak dimasukkan pada peranti ini. Peranti ini telah menjadi salah satu gadget yang popular di seluruh dunia masa kini.

(more…)

Mar
26th

Video: Apa itu iPad ??? part 1

Files under Technology, Video | 29 Comments

Apakah itu iPad ??? Tiba-tiba keluar plak iPad2. Ishhh belum abis lagi kaji apa itu iPad keluar plak iPad2. Itu lah teknologi ICT sekarang betapa cepat dan pesatnya berkembang. Bahkan menurut pakar industri teknologi ICT menyatakan bahawa teknologi ICT dunia mengalami perubahan setiap 3 bulan sekali. Kiranya kalau kita membeli peralatan ICT seperti laptop contohnya, selepas 3 bulan kemudian laptop yang kita beli akan di upgrade sedikit dengan teknologi baru pulak. Jadi tetiba je laptop kita yang baru beli 3 bulan lalu dah ketinggalan :P .

(more…)

Mar
1st

MrMartinWeb.Com: Muzium Teknologi Online

Anda ingin tahu bagaimanakah rupa komputer lama pada zaman 60an, 70an, 80an, 90an dan awal zaman millenium 2000. Jika anda ingin melihat rupa bentuk komputer peribadi atau laptop di zaman awal permulaanya teknologi ini, boleh lah layari www.mrmartinweb.com: Computer Museum. Di sini anda dapat lihat bagaimanakah sesebuah teknologi perkakasan komputer berevolusi bermula daripada awal hingga sekarang. Banyak perbezaannya terutama dari segi saiz dan berat. Pelbagai jenis dan jenama komputer lama yang dapat anda lihat di laman web MrMartinWeb.Com: Computer.

(more…)

Dec
18th

My 1st SmartPhone : GARMIN ASUS A10

Akhirnya selepas aku membuat kajian dan pertimbangan sewajarnya dari pelbagai aspek, akhirnya dan akhirnya aku telah nekad membeli sebuat SmartPhone iaitu GARMIN ASUS A10 (nama manja A10) pada 21 November 2010 lalu semasa aku berada di Kuala Lumpur menghadiri Training Oracle selama seminggu di sana. Aku membeli di salah sebuah pengedar rasmi iaitu PDA Expert Mobility Sdn Bhd di aras 4 Low Yat. Itupun aku membelinya selepas round-round Low Yat selama sejam. Dalam masa sejam tu hanya 4 kedai sahaja yang menjual A10 termasuk dengan Digi. Akhirnya aku membeli di PDA Expert Mobility Sdn Bhd selepas menawarkan harga antara yang menarik dengan pakej menarik iaitu percuma  kad memori SD 8GB dan diskaun RM100 untuk Car Kit A10.

(more…)

Nov
21st

Apa itu Linux ???

Files under Technology | 28 Comments

Apa itu Linux???

Itu lah persoalan aku kira-kira 6 bulan yang lalu ketika mula-mula masuk sektor kerja kerajaan. Ini kerana sebelum ini kerja aku di sebuah syarikat akhbar lebih tertumpu kepada teknologi Microsoft dan bukannya sumber terbuka seperti Linux. Apabila dah masuk sektor kerja kerajaan nak tak nak terpaksa juga aku mempelajari cabang baru ICT sekali lagi iaitu sumber terbuka (open sources) memandangkan kerajaan lebih menekankan kepada penggunaan teknologi ini dalam sektor kerajaan.

(more…)

Oct
13th

Garmin Asus A10: Gabungan Smartphone + GPS

Files under Technology | 27 Comments

Sekarang ni 2 jenis gadjet yang sangat2 aku miliki iaitu SmartPhone (Telefon Pintar) dan GPS Device. Keinginan membeli Smartphone adalah disebabkan terpengaruh dengan member2 yang telah memilikinya seperti iPhone, BlackBerry, HTC dan lain-lain manakala keinginan memiliki GPS Device adalah untuk memudahkan aku pergi outstation ke Kuala Lumpur terutamanya kerana aku ni jenis mempunyai daya lemah ingatan visual iaitu mudah sesat jalan, selepas menggunakan GPS kawan punya iaitu GPS Garmin nuvi 255 yang telah banyak membantu aku memandu dengan lebih berhemah dan cermat di tengah-tengah kota KL sepertimana aku cerita dalam post Dunia Baru: Cabaran & Dugaan – Part 2 menyebabkan aku memang perlu memiliki sebiji GPS kerana dengan kerjaya baru aku ini yang memerlukan aku turun ke KL untuk menghadiri mesyuarat, seminar atau kursus yang pasti ada setiap 2-3 bulan sekali. GPS adalah salah satu keperluan yang akan banyak membantu aku dalam memandu di tengah-tengah Kuala Lumpur memandangkan ini memang lemah dalam navigasi perjalanan walaupun mempunyai hobi memandu :P .

(more…)

May
12th

MyIman: Telefon Bimbit Islamik

Files under Technology | 18 Comments

Pada zaman serba serbi menggunakan gadjet digital kini, mempunyai Al-Quran digital yang sentiasa disisi menjadi satu kelebihan. Dimana jua anda berada anda boleh mendengar bacaan aya-ayat suci Al-Quran, membaca tafsir menerusi terjemahan dalam 20 bahasa dan di ingatkan dengan waktu solat yang akan mengalunkan azan secara automatik apabila masuknya waktu solat yang ditetapkan.

(more…)

Oct
15th

Animasi Superhero 3D GomoMan

Ade Idea dah menulis, cuma masih dalam proses editing. Jadi demi memenuhi permintaan pelawat aktechpage.com :-) . Aku postkan 1 video YouTube yang agak menarik khasnya untuk warga Kelantan. Ini kerana video ini memaparkan siri animasi 3D yang mempunyai dialog dalam loghat kelate tetapi orang bukan kelate pun boleh layan jugak sebab ada subtitle bahasa inggeris. Animasi 3D ini dipecayai dibangunkan oleh sekumpulan anak muda warga Kelantan yang menggelarkan diri mereka GomoSoft berdasarkan laman blog mereka di www.gomoman.blogspot.com (Entah kenapa laman rasmi www.gomoman.com sudah tidak available). (more…)

Oct
8th

MSI X340: Notebook Nipis & Bergaya

Notebook bergaya!!! Notebook terbaru 13 inci daripada MSI ini sememangnya menawarkan gaya yang diinginkan oleh pengguna mobil masa kini. Selain saiznya yang nipis & ringan, ia turut menampilkan skrin lebar 16:9 bagi paparan lebih besar dan jelas. X340 juga boleh memainkan video HD, dilengkapi teknologi lampu LED belakang dengan ciri penjimatan tenaga dan port I/O penuh untuk penyambungan yang diperlukan. (more…)

Sep
6th

Nikon CoolPix L100

Files under Technology | 2 Comments

Nikon menampilkan kamera digital dengan resolusi tinggi 10 Megapiksel iaitu Nikon CoolPix L100. Kamera digital ini dilengkapi dengan pemproses Nikon EXPEED, lensa Nikkor dengan 15x zoom optikal dan berkeupayaan merakam sudut lebar 28mm kepada super telefoto 420mm. Anda juga akan tertarik dengan mod sukannya yang merakam berterusan 13 bingkai sesaat, sementara fungsi amaran kerdipan mata memberitahu anda sekiranya mata subjek terpejam dan belum bersedia (perghhhh… canggih tu :P ). Ciri lain untuk kamera seakan SLR ini ialah pembetul infra-red, D-Lighing untuk peningkatan imej dalam kamera, 15 mod latar, movie dengan bunyi, zoom aktif, 44MB memori terbina yang boleh dibesarkan dengan kad SD atau SHDC dan lain-lain. (more…)