Nov
14th

30 Perkara Perempuan Lelaki Tidak Tahu

Files under Tips | 9 Comments

Dahsyat sungguh pompuan ni…banyak perkara yang mana perempuan lebih suka difahami secara tersirat. ye ke tak sempat bagitau?silakan baca.

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

(more…)

Oct
11th

Panduan TV untuk Telefon Pintar dari ASTRO

Files under Technology, Tips | 3 Comments

Bagi memberikan kemudahan dan kesenangan kepada pelanggan ASTRO, ASTRO melancarkan panduan TV ASTRO untuk telefon pintar yang membolehkan pengguna melihat jadual rancangan kegemaran menerusi telefon pintar.

Ini membolehkan pengguna dengan ASTRO B.yond PVR dan perkhidmatan merakamkan rancangan kegemaran ketika berada di luar rumah di seluruh dunia. Pengguna juga boleh melihat panduan TV ASTRO, menambah rancangan kepada senarai kegemaran bagi kemudahan mengakses , mencari rancangan, melihat sinopsis dan mengawal rakaman untuk B.yond PVR dengan cakera keras. Rakaman jauh juga boleh diakses secara talian melalui www.astro.com.my atau menerusi aplikasi mudah alih panduan TV ASTRO Beyond dengan mendaftar akaun di www.astro.com.my .

(more…)

Oct
4th

Mencuci Kemaluan

Files under Isu Semasa, Tips | 8 Comments

Untuk panduan kita semua…
Apa yang patut di lakukan selepas kita kencing…

Amalan dibawah ini tidaklah dirasakan lucu atau lucah, tetapi sebagai panduan hidup sebagai umat Islam di muka bumi ini, Insyaallah Ramai orang merasakan dirinya cukup bagus dengan banyak amal ibadahnya, sedekahnya dll tetapi masih tidak terlepas dari azab api neraka.

Saidina Abu Bakar pernah hendak menyembahyangkan mayat si polan tetapi tiba-tiba tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan si polan itu. Lalu disuruhnya orang membukakannya. Alangkah terkejutnya apabila seekor ular sedang melilit kepala anu mayat sipolan itu.

(more…)

Sep
18th

Tips Bersangka Baik Sesama Kita

Files under Tips | 6 Comments

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :”Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku”.

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :”Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku“..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):”Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku.”

(more…)

Aug
26th

Hikmah Sujud

Files under Tips | 4 Comments

Tahukah kita bahawa dalam bersujud ada pelbagai hikmah yang tersembunyi?

Begitu juga perlu kita sedar bahawa tidak ada sesuatu pun ciptaan dan suruhan Allah itu sia-sia malahan setiap ciptaan Allah itu mempunyai kelebihan-kelebihan yang selalunya tidak terjangkal oleh akal manusia. Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk:

1.Sujud fizikal sepertimana ketika bersolat.
2.Sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah dan menjauhi larangannya.

Apa yang ditekankan disini adalah sujud fizikal. Ulamak mengatakan sujud ketika solat adalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah S.W.T.mengalakkan kita bersujud lama.

(more…)

Jun
17th

Evolusi Diri & Teknologi

AP masih ingat pada tahun 2001 telah membeli sebuah komputer desktop Intel Pentium 3 dengan memori 256MB RAM dan Hard Disk 20GB dengan OS Windows ME. Ketika itu harganya lebih kurang mencecah RM2500. Kini selepas 10 tahun berlalu dengan nilai RM2500 kita boleh dapat sebuah laptop yang sederhana canggih dengan Intel Core i-5, memori 4GB RAM, HDD 500GB, skrin LCD dan kad grafik dengan 1GB GRAM. Amat menarik bukan tetapi itulah evolusi teknologi.

(more…)

Jun
11th

BackLinkWatch.com: Melihat Back Link Blog

Files under Blogging, Tips | 18 Comments

Apa itu Back Link ???

Merujuk kepada Wikipedia

Backlinks are incoming links to a website or web page. Inbound links were originally important (prior to the emergence of search engines) as a primary means of web navigation; today their significance lies in search engine optimization (SEO).

Maksudnya ???

Ringkasnya backlink adalah link blog kita yang ada disimpan atau diletakkan di blog orang lain. Contoh paling senang ialah link blog yang ada di blog AP ni di sebelah kanan anda, itulah back link untuk geng2 blog AP yang lain. Begitu juga blog AP yang ada di blog-blog lain. Itu Lah Backlink. Mudah kan…

(more…)

Apr
27th

Fungsi Bercakap

Files under Tips | 17 Comments


Apabila kita bercakap-cakap dan berbual-bual kita sebenarnya berkongsi pengalaman kita dengan individu-individu lain. Setiap orang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tersendiri. Apabila kita bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan, kita mencipta makna antara satu sama lain.

Aktiviti bercakap-cakap dan berbual mempunyai banyak fungsi, antara fungsi-fungsinya ialah :
(more…)

Mar
11th

Bolehkah Masalah Menyelesaikan Masalah !!!???

Files under Motivasi, Tips | 18 Comments

Bolehkah Masalah Menyelesaikan Masalah?

Sebenarnya manusia mudah memberikan label untuk semua yg dihadapinya sebagai masalah. Apabila mengatakan sesuatu halangan itu sebagai masalah, maka mereka ada alasan sama ada hendak mengatasinya ataupun tidak. Psikologi manusia memang hendak mudah. Kalau ada sesuatu yg boleh dilabelkan sebagai masalah dan kebetulan menganggapnya sangat besar, mereka berpeluang mengelak daripada mengatasinya.

“Dah memang masalah. Nak buat macam mana?”

(more…)

Sep
4th

Makan Dengan Tangan Itu Sunnah

Files under Tips | 7 Comments

Ikuti cerita dibwah ini.. rehat2kan minda sambil melayari internet;

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan tangannya……… !

Telatah Tengku Kudin ini diperhatikan oleh seorang wanita Inggeris yang
kebetulan duduk di sisinya. Merasa tertarik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita tersebut lantas bertanya: “Kenapa anda makan dengan tangan ? Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan ?”

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang lain. Katanya:

(more…)