Sep
3rd

Travian.com.my : Permainan Strategi Online Yang Semakin Diminati Ramai

Files under Internet | Posted by Akmal

Anda bosan terpaksa stay up sorang-sorang di pejabat, kerja semua dah setel. Takde mende nak buat!!  Ape kata anda cuba bermain games online Travian di Travian.com.my. Travian adalah permainan strategi online yang memaparkan dunia dengan jutaan pemain sebenar (Travian.com.my hanyalah untuk rakyat Malaysia sahaja). Permainan ini ibarat seperti bermain Red Alert atau Command & Conquer, cuma permainan ini tidak menggunakan grafik yang tinggi dan tiada pergerakan animasi, cuma digantikan dengan gambar sahaja. Tetapi dari segi konsep permainan ini sama sahaja dengan Red Alert atau Command & Conquer. Apa yang menjadikan permainan ini istimewa dan lain ialah permainan ini sentiasa on 24 jam tanpa henti walaupun anda tidak login ke akaun travian ataupun shut down komputer, jadi anda kenalah selalu memeriksa kampung anda secara berkala.

Travian adalah permainan strategi dimana anda bermula sebagai seorang pemimpin sebuah kampung kecil yang hanya terdiri daripada dua orang sahaja dan populasi akan berkembang mengikut perkembangan kampung. Sebelum memulakan permainan ini, terdapat 3 kaum yang perlu anda pilih. Anda boleh memilih kaum Gaul, Teuton atau Rom. Setiap kaum mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Permainan ini memerlukan pemain membina organisasi dan kemahiran pengurusan untuk membesarkan kampung anda kepada bandaraya yang besar dan mewah (Ambik masa lama ni beb…).Dalam proses membangunkan dan membesarkan kampung, pemain perlu mengurus sumber-sumber kampung yang terdiri daripada 4 sumber utama iaitu tanaman, pembalakan, lombong bijih besi dan lombong tanah liat. Daripada 4 sumber utama ini anda akan membangunkan kampung anda untuk menjadi bandar besar dan maju dari ekonomi, pertahanan dan ketenteraan.

Permainan Travian ini bukanlah mudah sangat yang disangka dan tidak juga susah untuk di main. Bagi pemain baru, untuk tempoh seminggu memanglah best bermain kerana anda akan dilindungi daripada diserang dan dibantu oleh support. Tetapi bila sahaja habis tempoh berbulan madu, anda kena lah sentiasa berhati-hati dan membuat strategi pertahanan dan serangan. Perkara ini anda akan pelajari sendiri sepanjang anda bermain travian. Ye lah, kalo nak survive dalam permainan ini, Lu Pikir Lah Sendiri!!! :) . Selain daripada itu, anda juga perlu pandai diplomasi dalam permainan ini kerana anda bermain dengan beribu-ribu pemain dari seluruh Malaysia. Ada antaranya memang hardcore dan menyerang kampung anda tanpa belas kasihan (Aku pernah alami sampai rasa cam nak quit je). Di sini lah guna diplomasi dimana akan berinteraksi dengan pemain lain tanpa anda kenali siapa mereka, yang anda kenal hanyalah ape kampung mereka, username mereka, apa kaum mereka dan juga apakah tahap kemajuan kampung mereka. Itu sahaja (Ade lagi kot, malas nak detail2 sangat).

Ape pun, selamat mencuba…jika anda ingin turut bermain, sila ke Travian.com.my untuk mendaftar. Mungkin kita boleh bermain bersama dan membina empayar yang kuat di Travian :)

ps : Aku bermain hanyalah untuk mengisi masa lapang dan juga bila bosan, playing games is my hobby since I known what is computer :P

No related posts.

Post a Comment

CommentLuv badge