Jun
1st

WitnessGaza.com & LifeLine4Gaza.org: Informasi Terkini Konvoi keamanan Freedom Flotilla Ke Palestin

Files under Internet, Isu Semasa | Posted by Akmal

Seperti yang dimaklumkan bahawa sekarang ini satu konvoi bantuan kemanusian iaitu Konvoi Bantuan Antarabangsa Flotilla sedang dalam perjalanan ke Palestin untuk membekalkan bahan bangunan dan bekalan perubatan dalam perjalanan ke Tebing Gaza melalui jalan laut. Maklumat terkini bahawa konvoi keamanan tersebut telah di serang oleh sekumpulan komando Israel pada waktu pagi waktu tempatan dan dipercayai 16 orang terkorban dan lebih 50 orang cedera. Malahan beberapa buah kapal konvoi tersebut telah dirampas.

Antara sumber yang boleh anda ikuti mengenai perkembangan konvoi tersebut ialah di www.witnessgaza.com . Satu laman web informasi terkini yang memaparkan apa sahaja yang sedang berlaku dalam perjalanan konvoi tersebut. Dalam laman tersebut anda akan diberi informasi melalui twitter, video YouTube, kedudukan kapal-kapal yang sedang dalam perjalanan melalui Google Map, gambar-gambar konvoi dan banyak lagi.

Manakala laman web www.LifeLine4Gaza.org pula merupakan laman web berbahasa melayu yang memberi segala informasi mengenai konvoi bantuan keamanan yang turut melibatkan rakyat Malaysia dari perpektif Malaysia. Anda akan dapat maklumat dari Kenyataan Media, Blog, Video, Twitter dan FaceBook mengenai penglibatan rakyat Malaysia dalam konvoi bantuan antarabangsa ini.

Marilah sama-sama kita mendoakan agar bantuan konvoi ini sampai ke Tebing Gaza dengan selamat dimana peserta konvoi ini disertai oleh NGO Bantuan Kemanusiaan dari pelbagai negara seluruh dunia termasuk rakyat Malaysia yang teridiri daripada wartawan (Astro Awani) dan sukarelawan. Hanya berdoa kepada Yang Maha Esa sahaja yang mampu kita lakukan daripada jauh ini agar bantuan selamat sampai kepada rakyat Palestin yang sudah sangat lama menderita akibat sekatan oleh Rejim Zionis Israel sejak 2007 lagi.

ps: Hanya mampu berdoa setiap kali selepas solat 5 waktu agar rakyat Palestin yang sedang menderita sentiasa tabah dan kuat semangat dalam menghadapi kekejaman Israel laknatullah.

Related posts:

  1. Konvoi Kembara Toyota Avanza Jelajah Kelantan Menyeronokkan !!! Itulah yang dapat diluahkan sepanjang Kembara Jelajah Kelantan anjuran Kelab Toyota Avanza (www.tavac.net) versi Utara dengan kerjasama daripada...
  2. www.abooain.com: Sumber Informasi Perniagaan Internet Produk PLR, RR & MRR Anda ingin mencari apakah laman web yang mempunyai pelbagai informasi berkenaan perniagaan internet, ingin membeli ebook yang diperlukan untuk menambahkan...
  3. RankBuzz.com: Tool Informasi Domain & SEO Jika anda ingin memeriksa SEO dan informasi berkenaan sesuatu laman web,  anda bolehlah mencuba RankBuzz.com . RankBuzz.com ialah salah tu...
  4. Kekejaman Israel, Permulaan "Perang Siber" Minggi ini aku agak bz sikit dengan kerja2 di pejabat akibat serangan worm attack di server syarikat aku bekerja. Terpaksa...
  5. Salaat Time: Perisian Waktu Solat Terkini Solat adalah tiang agama dan tanpa tiang itu nilai-nilai agama dalam diri seseorang itu akan hilang atau runtuh. Dengan itu...


8 Responses to “WitnessGaza.com & LifeLine4Gaza.org: Informasi Terkini Konvoi keamanan Freedom Flotilla Ke Palestin”

  1. By sangilapi on Jun 1, 2010 | Reply

    apa sebab zionis ni menyerang ?
    sebab mereka takutkan sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti !
    maka mereka pun melatah,menyerang sesuka hati.

    aura jihad itulah yang mereka takutkan ! :)
    .-= sangilapi´s last blog ..rezeki semakin murah =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @sangilapi,

    Ye betul tu…nampaknya Jihad kali ini bukan terdiri drpd org Islam sahaja.
    Malahan di sertai oleh Orang yg bukan Islam drpd pelbagai negara antarabagsa.

    Nampaknya Israel ini mmg sebuah negara yg sangat2 bodoh dan samseng kerana menyerang orang awam yg x bersenjata di perairan antarabangsa…

    [Reply]

  2. By mancai on Jun 2, 2010 | Reply

    mari kita tukar status FB dengan mendoakan semoga mereka selamat dan mendoakan agar kekejaman akan menerima balasan…

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @mancai,

    Aku dah tukar Avatar dan juga meletakkan banner ISRAEL SUCK di blog ni… Jom semua kita pakat menggunakan banner ISRAEL SUCK sptmana yg aku letakkan di bahagian kanan iklan blog ini.

    [Reply]

  3. By lazaac on Jun 4, 2010 | Reply

    israel penakut, serang org yg tidak bersenjata… cakap pun tak guna… mmg israel laknatullah… lazaac di sini hanya mampu berdoa..

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @lazaac,

    Tu la pasal, dah la serang kt perairan antarabangsa…

    [Reply]

  4. By zik on Jun 5, 2010 | Reply

    sama3lah kita berdoa..semoga Allah selamatkan mereka semua… amin.. peaca no war!!
    .-= zik´s last blog ..Piala Dunia tanpa Drogba, Ferdinand =-.

    [Reply]

    Akmal Reply:

    @zik,

    Ameennn…

    [Reply]

Post a Comment

CommentLuv badge