Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, apatah lagi dalam beberapa hari lagi Hari Raya Korban akan menjelma. Perayaan ini semestinya meriah di sambut di negeri Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu. Ramai jugaklah member2 aku yang berada di perantauan bertanyakan tentang keadaan banjir di Kelantan dan juga bertanyakan adakah jalan utama dari KL ke Kelatan di tutup atau tidak. Aku pun tidak pasti kerana aku bukanlah bekerja di Jabatan Penerangan bencana alam. heheheh…
Nasib baik semasa aku surf FaceBook aku, salah seorang member aku berkongsi 1 portal info banjir dalam statusnya iaitu Portal eBanjir Negeri Kelantan (www.ebanjir.kelantan.gov.my). Pelbagai maklumat terkini mengenai banjir yang dikemaskini 24 jam oleh pegawai bertugas yang memantau keadaan semasa. Bagi perantauan yang berada di luar Kelantan yang ingin pulang menyambut Hari Raya Korban bolehlah merujuk kepada portal ini untuk melihat jalan-jalan manakah yang ditutup atau jalan alternatif yang boleh dilalui di Laporan Lalulintas Yang Di Tutup.
Selain daripada itu, terdapat juga pautan portal lain di dalam Portal eBanjir Negeri Kelantan ini iaitu Portal e-Bencana Alam JKR.
Akhir kata, dengan adanya 2 Portal ini di harap dapat membantu Perantauan merancang perjalanan pulang ke Kelantan dan tidak lupa juga untuk bakal2 pengantin yang sedang sibuk melangsungkan perkahwinan sementelah musim cuti sekolah telah bermula, maka musim kenduri kahwin juga bermula. Jadi kepada rakan-rakan atau saudara mara yang hendak ke majlis perkahwinan juga bole merujuk kepada portal ini untuk melihat jalan-jalan yang tidak di tutup
ps: Banyak musim betul hujung2 tahun ni, musim tengkujuh, musim cuti sekolah, musim org kahwin, musim banjir dan yg paling besh utk pengantin2 baru, musim mengawan sebab musim sejuk kang…heheheh
Related posts:
- Portal Pencen: Pengiraan Anggaran Pencen, Ganjaran dan GCR Bagi Persaraan Wajib JPA telah menyediakan satu aplikasi online untuk penjawat awam mengira pencen, ganjaran dan GCR di Portal pencen. Jadi kepada sesiapa...
- MyJodoh.net : Portal Mencari Jodoh Popular di Malaysia Anda masih lagi mencari jodoh? Tetapi tiada masa untuk bersosial dan kadangkala amat sibuk dengan kerja menyebabkan sehingga kini masih...
- Direktori Bloggers Kelantan: blogkelate.blogspot.com blogkelate.blogspot.com merupakan satu direktori bloggers kelantan. Apa itu direktori? Ok…dalam dunia internet direktori berasal daripada perkataan bahasa Inggeris directory (yang...
- Scribd.com: Portal Perkongsian Dokumentasi Online Dimanakah anda ingin cari dokumen rujukan untuk rujukan anda dalam menyediakan kertas kerja, assigment kuliah dan pelbagai tugasan yang lain,...
- A'ptus Net, Broadband untuk org Kelantan!!! Pada 26 Mac yang lalu, satu lagi kebanggaan rakyat kelantan apabila Menteri Besar Kelantan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz...












By sue on Nov 25, 2009 | Reply
moga2 air banjir tu beransur surut la… dpt la beraya ngan meriah kat kg..
.-= sue´s last blog ...: AKU MAHU PULANG :. =-.
[Reply]
Akmal Reply:
November 27th, 2009 at 2:11 am
Alhamdulillah, Hr Rabu n Khamis ni cuaca cerah je..dah xde hujan…
[Reply]