Adakah mustahil untuk mendapatkan keluaran majalah tempatan seperti Majalah PC, Maskulin, Mingguan Wanita atau lain-lain jika anda berada di luar negara? Ataupun jika anda mempunyai kawan atau saudara mara diluar negara samada yang sedang belajar atau bekerja yang gemar membaca majalah keluaran tempatan dan selalu meminta anda pos majalah keluaran tempatan melalui kurier kepada meraka yang berada di luar negara. Tetapi di zaman segalanya menggunakan kemudahan Teknologi Maklumat terutama internet sehingga mencetuskan industri e-dagang adalah tidak mustahil untuk mendapatkan sumber bacaan keluaran malaysia seperti majalah keluaran tempatan di luar negara. Kini anda tidak lagi sukar untuk mendapatkanya dengan adanya penjualan majalah tempatan secara online di laman web www.m3mag.com.my: Leading Online Magazine Store ataupun dikenali sebagai M3Magazine.
M3Magazine membolehkan rakyat Malaysia di dalam negara atau di luar negara khususnya mendapatkan majalah keluaran tempatan secara bulanan. Majalah yang dijual melalui laman web ini bukan seperti majalah biasa yang kita beli di kedai-kedai, bentuk majalah lain sikit iaitu dalam bentuk digital seperti e-Book. Anda perlu mendaftar dalam laman web ini dahulu, kemudian membeli majalah secara online. Terdapat banyak pilihan majalah pelbagai kategori yang boleh anda beli di laman web ini bagaikan anda membeli di kedai buku di Malaysia. Anda akan membaca majalah-majalah digital tersebut dengan menggunakan perisian khas M3Mag Reader yang boleh download secara percuma di sini, Download Reader.
Dari segi harganya pula, ianya adalah sama harga yang di jual di kedai-kedai buku Malaysia. Malahan anda juga boleh membeli majalah-majalah secara pukal/borong. Contohnya membeli Mingguan Wanita sebanyak 12 edisi sekali gus dengan harga yang amat berpatutan. Untuk maklumat lanjut anda boleh membaca FAQ dan syarat-syarat yang perlu anda ketahui sebelum membeli majalah digital di laman web rasminya iaitu www.m3magazine.com.my dan juga mengikuti maklumat atau promosi terbaru akaun facebooknya.
Related posts:
- I LUV ISLAM: Akhbar Majalah Mingguan Islamik Terbaru Produk terkini, Kumpulan Karangkraf – I LUV ISLAM – akhbar majalah mingguan Islamik edisi pengenalan (November/Disember 2009) dijual dengan harga...
- BookCafe.com.my: Kedai Buku Online PTS Kemudahan teknologi hari semakin memudahkan kehidupan manusia di seluruh dunia, hari ke hari ada sahaja pembaharuan yang dilakukan di internet...
- U-Print.com.my: Online Printing Malaysia Salah satu syarikat percetakan bumiputera terbesar di Malaysia iaitu Ultimate Print Sdn Bhd telah menyediakan satu perkhidmatan percetakan online kepada...
- www.abooain.com: Sumber Informasi Perniagaan Internet Produk PLR, RR & MRR Anda ingin mencari apakah laman web yang mempunyai pelbagai informasi berkenaan perniagaan internet, ingin membeli ebook yang diperlukan untuk menambahkan...
- iluvislam.com: Mendekati Islam Dengan Cara Lebih Interaktif Bagi yang suka memberi komen di Friendster, Tagged dan MySpace pasti akan teringat grafik komen-komen daripada Testi iluvislam.com trademark yang...











By dAzz on Sep 10, 2009 | Reply
Lepas ni kalo sape2 ade hajat nk publish majalah digital kat sini bleh try la kot. Tp kalo nk publish majalah digital ni kena ade lesen kdn gak ke?
.-= dAzz´s last blog ..101 Idea Perniagaan Internet =-.
[Reply]
By ferdy on Sep 10, 2009 | Reply
wow.. satu inisiatif menarik dalam mengurangkan bilangan penggunaan kertas dalam majalah. tapi kenapa harga dia sama dengan kedai ek? patutnyer kurang lah sikit sebab kos untuk print kertas and bukak kedai tu dah takde.. betul tak?
.-= ferdy´s last blog ..Free Jer Dapat Blog of the Day Award! =-.
[Reply]
By baloot on Sep 11, 2009 | Reply
will check it out.. rasa mcm menarik je..
.-= baloot´s last blog ..Tutorial Memulakan Laman Web eCommerce Menggunakan Platform Magento =-.
[Reply]
By Akmal on Sep 16, 2009 | Reply
@dAZZ
Aku rasa kena ada lesen KDN jugak lah…. ye lah kan utk tatapan umum….kalo Suara Keadilan tu bole masuk x??? heheheh
@ferdy
Ha ah, sepatutnya murah lg tu…mgkn penerbit mahu untung lebih kot….lagipun pasaran digital Malaysia belum maju lagi…
@baloot
TQ bro
[Reply]