Sempena Bulan Ramadhan yang mulia ini, aku ingin review salah 1 blog keagamaan yang selalu menjadi rujukan dalam bab-bab agama Islam. Alhamdulillah, dengan adanya blog, kita dapat mempelajari banyak ilmu termasuklah ilmu keagamaan. Blog kali ini yang ingin aku review ialah blog Zaharuddin.net , rasanya blog ini sudah ramai yang kenal kerana pemilik blog ini iaitu Ustaz Hj. Zaharuddin adalah seorang yang tidak asing lagi dalam membicarakan hal ehwal agama Islam di Malaysia. Beliau adalah salah seorang pendakwah bebas, penulis buku, penceramah, pensyarah, konsultan syariah, penasihat dan banyak lagi.
Pendek kata Ustaz Hj. Zaharuddin adalah salah seorang yang pakar dalam memberi pendapat berkenaan hal ehwal keagamaan Islam di media elektronik dan media cetak di Malaysia. Zaharuddin.net adalah salah satu blog yang menjadi perantara antara pengguna internet dengan seorang yang mempunyai kepakaran dalam bidang keagamaan seperi Ustaz Hj. Zaharuddin, lagipun blognya sentiasa update dengan post-post entry yang terkini dan menjawab hal ehwal isu semasa. Contohnya seperti sekarang isu yang hangat diperkatakan iaitu “Doa Untuk Bukan Islam Ketika Khutbah & Bersin“.
Antara kandungan di blog Zaharuddin.net ini ialah:
- Senarai lengkap artikel yang ditulis sendiri oleh Ustaz Hj Zaharuddin
- Soal jawab & isu pilihan
- Peribadi, tazkirah & fikir
- fiqh ibadah
- Hal ehwal riba
- Aqidah & kepercayaan
- Al-Quran & Hadith
- Politik & Dakwah
- Perbankan & Insuran
- Kewangan
- Pelaburan & Perniagaan
- Kerjaya
- Lelaki & wanita
- Rumahtangga & keluarga
- Catatan buku
Pendek kata blog Zaharuddin.net hampir lengkap dengan artikel dari segi pelbagai aspek dalam agama Islam. Setiap hasil tulisannya kena pada isu semasa. Tulisannya sangat bagus dan boleh diterima pendapatnya dalam sesuatu isu kerana beliau menerangkan sesuatu dengan dalil-dalil dari segi Islam terutama dalam bidang kewangan, pelaburan & perniagaan di internet. Aku rasa blog ini lah sahaja yang boleh rujuk berkenaan perniagaan internet dari aspek Agama Islam setakat ini.
Jadi marilah kita sama-sama kunjungi blog ini untuk mencari maklumat jika ada apa-apa kemusykilan dalam hal ehwal keagamaan, Insya Allah hampir semua jawapan ada di dalam blog ini. Anda juga bole mengajukan soalan kepada Ustaz Hj Zaharuddin melalui laman FaceBook yang ada tertera di blog ini.
Selamat membaca blog
Related posts:
- iluvislam.com: Mendekati Islam Dengan Cara Lebih Interaktif Bagi yang suka memberi komen di Friendster, Tagged dan MySpace pasti akan teringat grafik komen-komen daripada Testi iluvislam.com trademark yang...
- I LUV ISLAM: Akhbar Majalah Mingguan Islamik Terbaru Produk terkini, Kumpulan Karangkraf – I LUV ISLAM – akhbar majalah mingguan Islamik edisi pengenalan (November/Disember 2009) dijual dengan harga...
- AdamFazi.com: Blog Pelakon Jahat Taiko Kali ni AP memperkenal blog salah seorang Blogger yang juga penggiat seni tanah air. Jika anda melihat wajahnya pasti anda...
- www.ebanjir.kelantan.gov.my: Portal Online Info Semasa Banjir di Kelantan Memandangkan sekarang ini musim tengkujuh sedang melanda negeri-negeri di Pantai Timur, apatah lagi dalam beberapa hari lagi Hari Raya Korban...
- 6 Blog ICT Pilihan AkTechPage.Com ICT adalah topik AP suka bila melayari internet, jadi apabila online sahaja. mula AP mestila buka FaceBook dulu, heheheheh. Nak...











By suri on Aug 26, 2010 | Reply
Dengan adanay sumber rujukan sebegini maka ia juga merupakan salah satu altenatif kita selain dari mmbut rujukan melalui buka2 agama
[Reply]
Akmal Reply:
August 27th, 2010 at 4:55 pm
@suri,
Yup, betul betul betul(Gaya Upin)…
[Reply]
By mancai on Aug 30, 2010 | Reply
laman yang berguna untuk apa sahaja kemuskilan tentang agama islam…
[Reply]
Akmal Reply:
August 31st, 2010 at 3:24 am
@mancai,
Alhamdulillah, ada juga blog mcm ini utk apa2 rujukan agama Islam.
[Reply]
By tuah iman on Oct 22, 2010 | Reply
semasa hayat ibu saya ada , saya ada berhutang dengannya , bolehkan saya membayar hutangnya dengan bersedekah bagi membangunkan masjid,tanpa faraid terlebih dahulu kepada adik beradik saya yang lain,kerana seminggu sebelum ibu saya meninggal ibu ada maklumkan kepada saya yang ibu ada berkecil hati dengan adik beradik saya yang lain kerana menyinggung perasaannya,lalu ibu hendak menjual segala hartanya dan hasilnya itu hendak disedekahkan ,tetepi belum sempat ibu melakukannya ibu telah meninggal ,jadi bolehkan hutang saya terhadap ibu itu saya sedekahkan,untuk dijadikan amal jariah dari hartanya , saya mempunyai adik beradik 6 org, 3 drpdnya mengalakkan saya melakukan pekara tersebut ,akan tetapi 3 lagi adik beradik saya tidak tahu yang saya ada berhutang dengan ibu,harta yang belum sempat dijual oleh ibu itu telah pun dimonopolikan oleh adik beradik saya yang 3 org itu
[Reply]